بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ، فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ، وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَىٰ رَبِّكُمْ، وَمُكَفِّرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الْإِثْمِ
“Hendaklah kamu sekalian mengerjakan solat malam (Qiamullail), kerana sesudah ianya adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia juga merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penghapus dosa-dosa, dan pencegah daripada melakukan perkara dosa"
(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaymah no. 1135, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi. Dinilai Hasan oleh Imam Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' no. 4079)
Nota: Dalam sebahagian riwayat lain (seperti riwayat At-Tirmidzi), terdapat tambahan lafaz: "وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ" yang bermaksud "serta dapat mengusir penyakit daripada badan.
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ
Hendaklah kamu suka bangun malam (Qiamullail),
Sebabnya,
فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ
Sesungguhnya bangun malam itu sifat orang orang soleh sebelum kamu.
(وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَىٰ اَلله (رَبِّكُمْ
Bangun malam itu perbuatan yang sangat mendekatkan diri kamu kepada Allah,
Ialah di waktu malam itu di sepertiga malam itu waktu orang tak ada sms,
Tak ada orang nak buat google map,
Tak ada orang nak meeting,
Tak ada orang nak buat zoom.
Tak ada orang nak chatting,
Nak chatting dengan siapa di sepertiga malam?
Kecuali ada orang chatting dengan Allah,
Orang zoom dengan Allah swt bukan dengan henfon,
Tapi dengan bermunajat dengan Allah swt.
Katanya bangun malam itu قُرْبَةٌ (mendekatkan diri kepada Allah swt)
Orang bangun malam ini kuat dalam hatinya untuk meninggalkan maksiat,
yakni macam ada sesuatu kekuatan luar biasa untuk meninggalkan maksiat jika bangun malam.
وَمُكَفِّرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ
Bangun malam ini boleh menghapus dosa dan digantikan dengan pahala.
Bangun malam ini boleh menolak penyakit daripada tubuh badan,
Oleh sebab itu dianjurkan seseorang untuk bangun malam hatta sebelum azan, (bangun lima minit sebelum azan) (baca: Astaghfirullah hal 'azim)
Ambil masa sebelum terbit fajar beristighfar dan berdoa kepada Allah atau berdzikir kepada Allah swt. mudah-mudahan dengan itu ia mendapat faedah-faedah yang disebutkan tentang keutamaan bangun malam.
Wallahu a'lam.