"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ibnu Mubarak berkata,
Sedikit adab lebih afdhal daripada banyaknya ilmu.
Maksudnya orang yang beradab sekalipun tak da ilmu sangat disukai dan sangat diperlukan oleh masyarakat,
Daripada orang yang banyak ilmu tapi tiada adab.
Faedah apa duduk dalam masyarakat,
Ilmu itu menyebabkan serabut lah pulak.
Tetapi orang yang ada adab sekalipun sedikit ilmu kata-katanya sangat diperlukan oleh masyarakat,
Tak percaya cuba kita tengoklah banyak orang ada ilmu sedap mengata ke orang,
Tapi perangai tak da adab.
Akhlak bercakap kasar,
Baik tak payah bersaing dengan mereka,
Biar mereka ilmu banyak.
Mereka tu bukanlah berilmu sangat,
Bukan nak kata tak perlu lah berilmu sangat.
Tapi nak kata adab tu lebih penting dari ilmu sekalipun ilmu banyak,
Adab nya ada.
Orang yang perangai 'berjuruh',
Berjuruh (dialek pantai timur) bersopan santun, baik hati, jujur, mendengar kata.
Dia orang kampung biasa je,
Belajar ilmu tinggi tak tapi perangai cara berjumpa dengan orang tua pun tenang,
Kita pun seronok buat menantu kalau perangai tertib macam tu,
"Sekolah mana anak kamu?"
"Tak sekolah, duk rumah jaga, tolong-tolong saya la!"
"Eh, berjuruhnya perangai!"
Ni anak doktor phd, (sekolah tinggi) kaki duk atas kepala orang tua (pijak kepala),
Makan nasi tak tau buat apa ke orang tua,
Pergi ambil nasi suap, suap makan (sendiri),
Makcik tu berkelip-kelip mata tengok..tengok!
Bukan nak kata 'makcik! minta izin makan ye!'
'Makan, makan, makan!'
Cuba tawar lah sikit orang kata berbasa basi,
(Pelawa makan untuk menjaga hati dan menghormati tetamu yakni beradab)
Ni tak reti berbasi,
Pergi ambil makan tengok depan tv dia main game.
Orang tua dia menjeling,
Bersaing dengan mak dia datang ke rumah.
'Allah anak jenis apalah macam ni?'
'Sekolah mana anak kamu?'
'Baru habis london tu phd!'
Pakai skirt kaki duk atas kepala.
Ilmu banyak phd,
Kita tak perlu anak macam tu orang macam tu dalam masyarakat.
Baik lagi anak kita berjuruh tapi sekolah tak tinggi mana,
Daripada phd tapi kononnya tak tutup aurat tak pe,
Kurang ajar dengan orang pun tak pe tapi janji phd.
Tapi kalau anak kita payah belajar,
Orang kata bodoh lah sikit,
Tapi perangai berjuruh,
Menolong kita di dapur tak sama dengan kakak kakak yang tahap amerika,
Fenomena keluarga.
Cuba tengok yang belajar tinggi,
Ada datang bicara (bersembang, berbincang atau bercakjap-cakap) dengan mak ayah tak?
Tak,
Yang spm tak lepas tu la duk dengan mak ayah belajar tak tinggi mana,
Yang tu lah yang bicara.
Kebanyakannya macam tu.
Kalau yang belajar phd,
Mak talifon!
'Tak balik ke mak sakit demam nih?'
'Allah mak, kita dah janji dengan orang planet marikh mak jual jet kongkok,
Tak boleh ni mak minta maaf tak boleh balik lah.'
'Allah! Tak pe lah!'
Talifon pulak sorang lagi,
'Helo, tak balik ke mak pening kepala nih!?'
'Allah! kita dah duk kat makhluk asing dah nih! kut ada dia menyakit apa nanti, tak tahu nak jawab!'
Lepas tu yang duk dengan kita spm tak lepas,
'Mung tak berpata' (dialek keantan terngganu) 'Kamu tak menjawab, atau kamu langsung tak bersuara, atau diam saja)
Yang tak berpata tu jaga kita,
Yang tak berpata tu suap nasi kat kita.
Yang tak berpata tu mandikan kita,
Sebab apa dalam fikiran kita belajar tinggi phd tu yang terbaik.
Yang ni anak yang ada akhlak, yang elok sopan dengan mak ayah, langsung tak bersuara, diam aje tak ke mana.
Buat perabis beras.
Anak beranak 13 orang,
Sorang je yang sibuk bicara, sibuk santuni dia yang sikap duk berpata tu.
Nak mati macam mana fikiran asyik fikir macam tu,
Orang tengok la ke akhlak mulia daripada ilmu yang banyak.
Yang lebih elok lagi,
Ilmu banyak tapi ada akhlaknya.
Itu terbaik lah.
Jarang nak jumpa.
Orang ada ilmu, akhlak pulak ada.
Mak talifon,
'Helo! helo! macam mana boleh balik ke tak?'
Anak dia jawatan perdana menteri.
'Allah minta maaf mak, mak sakit ke mak?'
'Balik sekarang juga!'
'Saya berlari ni mak, tak boleh naik motor ni sudah lambat!'
Dia pun berlari balik ke rumah mak dia.
Ilmu banyak, akhlak banyak.
Haah! macam tu.
Kita dah nak mati dah,
Tak reti lagi,
Yang mana adab yang mana akhlak yang mana penting,
Nak mati dah,
Tapi masih sebut yang anak belajar kat Amerika.
'Si yang Amerika tak balik!'
Biuat muka sedih macam tu.
Yang di sisi tu ada,
Layanlah, santuni lah dia.
Harta.
'Yang ni tak berapa betul sangat, tak serupa gaya, tak best, tak kena!
Yang belajar Amerika tu lah yang membanggakan.'
Bangga ke macam tu?
Tak ziarah kita bila sakit?!
Kita datang tak tanya khabar!
Kita nak jatuh tak pernah bawak kita pergi hospital!
Bangga ke macam tu?
Tak berpata langsung!
Kalau kita dah lama cekik anak macam tu.
Faedah apa belajar!
Belajar orang suruh tambah akhlak!
Ni tak boleh pakai,
Tu lah kata Imam Ibnu Mubarak,
Akhlak yang sedikit sangat diperlukan berbanding dengan ilmu yang banyak.
Wallahu a'lam.