"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Kita kalau ada masalah apa pun dengan orang,
Jangan buat status,
Status kita bukan tempat kita luahkan perasaan kita,
Tapi itu tempat kita sebarkan ilmu,
Kongsi benda-benda yang bermanfaat,
Menenangkan hati orang,
Dengan sebaran ilmu kita,
Jangan status facebook kita ataupun whats app kita,
Kita buat benda-benda yang meluahkan hal masalah kita,
Hal masalah kita luahkan kepada Allah,
Luahkan pada orang yang soleh yang boleh tunjuk kepada kita jalan,
Luahkan pada orang yang boleh selesaikan masalah kita,
Orang tertentu saja,
Bukan kepada khalayak, tak boleh!,
Hilang pahala sabar kita.
Banyak orang sekarang ni,
Masalah sikit nak buat status lah,
Kawan-kawan aku membenci aku,
Contoh la kan,
Mereka block aku ramai-ramai,
Tak payah cerita lah orang block ramai-ramai pun,
Orang block facebook ka,
Blok kita punya whats app ka,
Tak ada masalah apa!
Jangan Allah block kita,
Allah block mati kita,
Supaya tak masuk iman.
Itulah masalah.
Orang block kita biar lah nak blok,
Jangan luahkan perasaan kita di status,
Tak boleh!
Kerana kita orang Islam.
Kita ada maruah.
Jangan duk buat status macam-macam.
Tak payah!
Sebar ilmu tak pa!