"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Di antara hal yang kurang elok bagi seseorang,
Ialah kalau dirinya bekerja sebagai orang yang membuat orang lain kertawa saja (pelawak).
Baginda Rasulullah S.a.w sentiasa dalam keadaan tersenyum.
Dan kalau Nabi ketawa (hanya setakat) sampai nampak gigi geraham.
Walaupoun ia berbeza dengan definisi kita,
Dalam memahami antara tersenyum dan ketawa..
Kalau tersenyum maksudnya tersenyum tak ada suara,
Kalau ketawa ada suara,
Tapi bagi baginda Rasulullah S.a.w,
Ketawanya Nabi S.a.w adalah tersenyum lebar,
Jarir bin Abdullah R.A mengatakan,
"Mula aku masuk Islam tidak pernah aku jumpa Rasulullah melainkan ia dalam keadaan tersenyum,
Aku tidak melihat orang yang paling banyak tersenyum melebihi daripada Rasulullah."
Allah swt berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 82:
"فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya: "Oleh itu, hendaklah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan hendaklah mereka menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang telah mereka usahakan."
Boleh ketawa namun pada masa yang sama tidak digunakan berlebihan,
Orang terlalu banyak ketawa itu akan mematikan hati,
Ada orang buat ketawa terguling-guling,
Di antara hal yang kurang elok bagi seseorang ialah..
Kalau dia bekerja sebagai seorang yang untuk mengetawakan orang lain,
Kecuali untuk menghibur,
Untuk mengangkat kesusahan orang,
Tapi kalau nak dijadikan kerjaya..
Aku nak kerja,
Apa kerja aku..?
Nak bagi orang ketawa (bagi ketawa orang),
Tapi dapat gaji!
Dapat untung,
Buat persembahan apa tujuan?
Untuk buat orang ketawa saja.
Yang seperti ini kurang elok.
Disebabkan oleh kerana ia dijadikan sebuah kerjaya dan pekerjaan,
Yang mana hal itu kurang digalakkan untuk orang memperbanyak ketawa,
Yang dieprintahkan adalah,
Untuk mengurangkan ketawa..