"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Orang yang sentiasa bertaqwa kepada Allah swt.
Orang ni Allah bagikan kebahagiaan dalam hidup dia.
Kenapa orang taqwa ni bahagia?
Orang taqwa ni kalau ada masalah,
Allah bagi jalan keluar.
Kalau dia ada masalah rezeki,
Allah selesai masalah rezeki dia,
Kalau dia tak tau..
Allah tunjukkan dia jalan kebenaran,
Ini ayat yang selalu kita baca duk dalam rumah kita,
Duk dalam kedai-kedai makan kita,
Iaitu ayat dalam Surah At-Talaq ayat 2-3,
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3)Bila kita ada masalah maka selesaikan ketaqwaan kita kepada Allah,
Kenapa keluarga aku ada masalah?
Tengok ketaqwaan dalam keluarga kita.
Tengok isteri kita,
Tengok diri kita,
Tengok anak kita,
Tengok menantu kita,
Mereka ini bertaqwa atau tidak kepada Allah?
Tengok anak kita ni sembahyang ke tak sembahyang?
Tengok anak menantu kita ni sembahyang ke tak sembahyang?