بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
Nombor satu,
Kita bertaubat kepada Allah,
Taubat itu membersihkan dosa,
Bila hati bersih daripada dosa,
Maka datanglah kekuatan melaksanakan ibadah,
Bila dosa itu kita tak buang,
Kita tak taubat!
Dosa itu dia macam dawai,
Dia lilit kita..
Bila dia lilit kita,
Kita jadi berat,
Kata ‘ulama, ‘Sesungguhnya belitan dawai dosa
itu pada tubuh kamu menyebabkan tidak ringan melakukan ibadah.’
Ok, bersih dulu, bersih, bersih..
Nabi 70 kali sehari taubat,
Nabi kata: “Wahai manusia minta ampunlah kepada Tuhan kamu,
aku ni sehari semalam minta maaf pada Allah 70 kali.”
Ha, mulai sekarang amalkan,
Bangun tidur 10 kali 'Astaghfirullah!'
Lepas sembahyang Subuh 10 kali,
(Kemudian, Lepas sembahyang Zuhur 10 kali, Asar 10 kali, Maghrib 10 kali)
Sampai ke isyak, 60 kali,
Nak tidur 10 kali lagi,
70 kali sehari mintak ampun pada Allah,
Ha, mintak ampun!
Allah ni tak hairan kita banyak dosa,
Dia hairan kenapa tak mahu minta maaf?
Sedangkan Dia ni (Allah) Ghaffururrahim,
Sangat-sangat suka memberi keampunan kepada kita!
Banyak mana pun dosa..
‘Orang yang minta ampun daripada dosanya,
jadilah macam bayi yang tidak pernah melakukan dosa,
Kemudian lakukan amal yang disuruh Allah!,
Dia akan jadi membersihkan hati dengan zikrullah!’
Dan sebagainya,
Banyakkan selawat, banyakkan Istighfar, bacalah Al-Quran
pada waktu malam.
Ingat!
Satu huruf kamu baca al-Quran, sepuluh Allah bayar!
‘Siapa baca al-Quran satu huruf, Allah bagi satu pahala..
Satu pahala ganda sepuluh kali.’