بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
Dia telah beri hadiah pada seseorang.
Contohnya, dia hadiahkan kasut kepada sahabat dia,
Kawan tu pun ambik lah..
Dua tiga hari lepas tu dia mintak balik.
Hukumnya haram mintak balik,
Dan jika diambil digunakan harta itu,
..dikira makan harta orang secara batil.
Melainkan ayah beri barang kepada anak saja,
Hukumnya harus mintak balik.
Lain kepada ayah beri kepada anak,
Haram mintak balik.
Tapi kalau baru niat, tak pe!
Contoh, kita niat nak belikan hadiah kasut kepada kawan kita esok,
Sempena birthday dia..
Tapi niat saja lah!
Sampai masa ‘Malas pulak nak beli!’
Hukumnya makruh..tidak haram!
Tapi kalau sudah bagi..ambil balik,
Haram hukumnya!
Setahun dia simpan balik benda tu,
Setahun ditulis..
'Berdosa..berdosa..berdosa..berdosa!' (oleh Malaikat)
Ramai berlaku sekarang!
Bagi barang..ambik balik!
Yang boleh ambik balik..ingat!
Nabi kata,
Ayah beri kepada anak.
Rasulullah benarkan ambik balik.
Contoh, anak nak pergi sekolah.
Suruh ayah beri motor rxz.
Ayah pun belikan rxz untuk anak.
RM 20,000.
Anak ni pulak dia buat pergi racing..willy!
Orang beritahu ke ayah,
Anakmu buat race motor!
Ayah ni mintak balik motor tu..
Tidak berdosa.
Kerana Nabi kata,
Haram mengambil balik pemberian melainkan ayah daripada anak.
Jelas di situ.