"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ketahuilah! bahawa membesar diri itu, bila dia melihat dirinya lebih daripada orang lain dari sudut kesempurnaan sifat dan ia melihat orang lain itu lebih hina daripadanya.
Maka ia sebahagian daripada segala sifat kecelaan yang ada di dalam hati dan sebesar-besar maksiat yang tersembunyi.
Firman Allah SWT:
"Maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong (takkabur) ialah neraka jahanam." (QS. Al-Zumar: Ayat 72)
Sesungguhnya membesarkan diri itu sangat besar dosanya hingga tiada masuk syurga mereka yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripadanya, kerana di bawahnya ada tiga macam daripada kekejian yang besar.
1. Merebut sifat yang tertentu dengan Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
"Ketinggian itu selendangku, dan kebesaran itu kainku, maka sesiapa yang mencabut dan merebut daripadaku salah satunya, nescaya aku campakkannya ke dalam api neraka jahanam dan aku tiada peduli"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)
2. Mengingkari yang benar dan menghina Manusia.
Sabda Nabi SAW: "Perbuatan membesarkan diri itu adalah perbuatan mereka yang menolak yang benar serta mengingkarinya dan menghinakan Manusia.
(Hadis Riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
3. Membesarkan diri itu sebab bagi meninggalkan segala sifat kepujian, kerana orang yang membesarkan diri itu:
a. Ia tiada mampu mengasihi Manusia sebagaimana ia mengasihi dirinya.
b. Ia tiada mampu merendah diri.
c. Ia tiada mampu meninggalkan marah dan dengki.
d. Ia tiada mampu berlemah lembut pada memberi nasihat.
e. Ia tiada mampu meninggalkan riak.
Pendeknya, tiada ada kelakuan yang dicela melainkan dikerjakan oleh orang yang membesarkan diri dan tiada ada kelakuan yang dipuji melainkan ia meninggalkannya.
Berikut adalah penjelasan yang lebih lanjut:
* Keangkuhan: Sifat sombong dan merasa lebih baik daripada orang lain.
* Kesombongan: Sifat bangga diri yang berlebihan, seringkali tanpa alasan yang nyata.
* Membesar-besar diri: Berlebihan dalam memuji diri sendiri dan menonjolkan kelebihan diri.
* Merendahkan orang lain: Mencuba untuk membuat orang lain merasa rendah diri dengan membandingkan diri sendiri mereka.
Secara umum, membesar diri adalah sikap yang tidak disukai dan boleh merosakkan hubungan interpersonal.
Ia jugak boleh menghalang seseorang daripada belajar dan berkembang, kerana mereka mungkin berasa tidak perlu untuk memperbaiki diri.