"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Imam As-Syafi'ie Rahimahullah mengatakan,
Jika kamu meletakkan pergantungan dan harapan kamu, penyandaran hati kamu kepada makhluk,
Maka ketahuilah kamu sedang menyandarkan kepada sesuatu yang lemah, yang sentiasa mengecewakan, dan menghampakan kamu,
Kenapa manusia sentiasa merasa hampa? merasa kecewa dalam perhubungannya.
Kerana dia meletakkan pautan hati dan juga sandaran jiwa yang salah.
Apabila dia mencintai sesuatu itu dia mencintai dengan sepenuh hati sehingga di mana CINTA Allah, CINTA kerana Allah.
Dia tidak meletakkan cinta tersebut cinta kerana Allah SWT,
Bermakna dia meletak cinta itu hanya kepada emosinya.
Maka apabila ianya terusik maka emosinya akan menaik, akan meluap, kemarahan, kedengkian, permusuhan,
Kadang kala ia boleh membawa kepada pembunuhan.
Kadang kala ia boleh membawa kepada bunuh diri kerana terlalu putus asa.
Sebagai suatu contoh suami dan juga isteri,
Allah cemburu jika ada nama-nama daripada hati seorang hambaNya yang mencintai yang selain daripadaNya,
Walaupun cinta itu memang patut cinta antara suami isteri tetapi tumpuan cinta tersebut jika kerana Allah maka hati kamu tidak akan terpaut kepadanya.
Jika hati itu terlalu berpaut dan juga bersandar kepadanya maka dia akan mudah untuk dikecewakan dan juga dihampakan.
Kerana sandaran hatinya kepada suaminya,
Maka apabila suaminya sebagai contoh bernikah dua ataupun bernikah yang lain,
Maka hatinya seolah-olah berkecai,
Dia akan melakukan sesuatu yang diluar akal. (tindakan-tindakan yang diambil)
Kerana apa?
Kerana dia terlalu kecewa dan terlalu hampa,
Kerana yang dia cintai, yang dikasihinya ini telah dirampas dan diambil oleh orang lain.
Tapi seseorang yang hatinya bersandar kepada Allah SWT,
Seorang wanita yang hanya terpaut kepada Allah SWT maka dia tak akan terkesan hatinya cintanya kepada Allah SWT hanya sanya kerana makhluk Allah SWT.
Selama ini aku terlalu bergantung harap dengan suami aku,
Allah kahwinkan dia dengan yang lain rupa-rupanya Allah letak aku dekat denganNya.
Rupanya ia adalah mesej daripada Allah supaya hati aku bergantung dan lebih dekat denganNya.
Barangsiapa yang sandaran hatinya dekat dengan Allah.
Maka ketahuilah dengan yakin,
Bahawa Allah tidak akan hampakan dia,
Allah tidak akan kecewakan dia.
Allah tidak akan pisahkan kita daripada Allah.
Kita malah akan sentiasa rasa dekat dengan Allah.
Rasa hampir dengan Allah,
Biarkan seluruh manusia menderhakai kita,
Biar seluruh manusia mungkin melukai kita,
Tapi jika hati kita bersama dengan Allah kita akan merasa kelazatan perhubungan dengan Allah.