بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : blog
Assalamualaikum wbt..
{Juz my own writing,maaf jk ada silap dn salah tutur bicara}
Duk kat dunia ni kan,
kalau tak kuat...
Faham-fahamlah...
Kadang bukan kita lupa pun apa tujuan dan tanggungjawab kita dihidupkan di dunia ni,
Tapi sebab kita lemah iman oleh nikmat dunia yang kita adakan sendiri yang kita letak ia hampir dengan diri kita..
Tak kira ia sebuah almari favorite kita, meja unik warna kesukaran kita, kipas yang laju menjadi kebanggaan kita, karpet yang gebu menjadi kan kita kuat bersantai-santai, bermalas2 di atasnya lama-lama..
Sedar tak sedar korang ye,
Ia sebenarnya kesukaaan nafsu kita..
Bukan iman,
Cuba pilih warna bukan kesukaan kita,
Contohnya warna meja kita kita suka putih tapi kita beli merah..
...Maunya tak, kita nak berselera duk kat situ dengan senang hati,
Maunya tak kita nak asik lepak dalam bilik je..
Kalau cat dinding kita tu bukan warna favorite kita..
Tapi tak pe,
Sekurangnya kita ikut agama yang memerintahkan supaya kita tak ikut selera nafsu.
Sekurangmya kita tak de taksub dalam hati kita terhadap barang tu,
Sekurangnya kita tak lemah malas terjatuh dengan melayan nikmatnya dengan berlamaan..
So kan,
Ada faedahnya kalau beli sesuatu yang bercanggah dengan selera nafsu kita.
Bila korang nak beli apa- apa kan,
Korang search nafsu korang.
Kalau dia suka yang tu..
Korang ambik yang ni,
Yang nafsu korang tak suka..
Jadi, lama2 korang akan jadi rasa biasa-biasa je dengan benda dunia.
Korang tak rasa ia hebat..
Bila korang terpaksa ambil yang bercanggah.
..yang mana dengan rasa hebat tu akan buat korang dapat dosa ujub! Nauzubillah!
Korang tak ingin pun nak ada keinginan-keinginan sangat lepas tu.
Dan betapa amal ibadah korang pun akan mudah khusyuk.
Siapa kata ada benda yang menyukakan nafsu kita tu buat kita khusyuk hati dengan Tuhan.?
Sedang hati yang tempat kita letakkan kehadiran Tuhan kat dalamNya dah diganggu gugat.
Tambahan lagi ia bertawaf plak kat sekeliling bilik kita kat dinding-dinding dalam jarak semeter dua,
Dan kita pun duk kat tengahnya, atau tepinya atau depannya sedang solat dan mengaji.
Ya Allah, benda diri favorite tengah duk dekat,
Apa tak rasa yang kita ada kat dalam hati tu adalah rasa nikmat adanya benda dunia tu,
Bukan nikmat solat, nikmat zikir, nikmat mengaji,,
Yang sepatutnya kita bawa nikmat dari kesan solat atau beribadah ke dalam kehidupan luar dari ibadah kita,
Tapi sebaliknya kita bawa kesan nikmat dunia ke dalam ibadah kita..
Dan sekiranya kita sedar,
Bahawa kesan rasa tu bukan rasa yang sebetulnya kita patut hadirkan saat beribadah..
Kita wajib blok rasa nikmat itu..
Contohnya korang kena cakap kat hati korang dengan ikhlas,
'Semua ni bukan aku punya tapi Allah!'
'Aku tak da apa-apa, termasuk diri aku sendiri pun adalah milik Allah!,'
'Allah adalah yang Maha Esa, hanya Dialah yang utama dalam hatiku..sedang aku adalah hamba!'
Sebagai contoh cara nak get back Allah dalam hati kita,
Tanpa kita sedar benda dunia tu dah reset kita punya hati menjadikan kita mudah terlupa akan tujuan kita hidup di dunia ni..
Hingga pudarlah rasa nikmat khusyuk pada amal ibadah kita,
Bagai seolah-olah iktikad kita dah tertukar,
Bagai seolah-olah iktikad kita dah terbatal..
Bagai seolah-olah..hilang dan terpadam!
...dan perlu dibajai dengan pengakuan suci semula..
'Aku Cinta Allah! Aku Cinta Nabi Muhammad!
'Aku Sayang Allah! Aku Sayang Nabi Muhammad!'
'Aku Kasih Allah! Aku Kasih Nabi Muhammad!'
'Aku Rindu Allah! Aku Rindu Nabi Muhammad!'
Korang tak rasa ke korang dah diubah oleh nikmat dunia!!??
Terbayang segelintir orang Arab sana yang diuji dengan keduniaan,
Dilimpahkan harta kekayaan..
Sedang mereka tahu tu semua adalah tipu daya dunia je..
Hanya berstatus ujian dan cubaan Tuhan nan bersifat sementara..
Tapi malah memilih terpedaya..
Hasbunallahuwanikmalwakil.
Bila diuji dengan kesusahan yang perlukan semangat jihad..
Baru kita tahu siapa kawan2 siapa sebenarnya lawan dalam agama sendiri.
Mereka malah memilih lembik, malas, khianat dan enggan.
Sedang tahu Allah suka mukmin yang kuat,
Sedang tahu malas-malas tu sifat nafsu dan Allah tak suka orang2 yang malas,
Sedang tahu menjadi pengkhianat tu sifat munafik.
Sedang tahu enggan menunaikan kewajiban tu tanda-tanda enggan ke syurga. (Tak mahu ke syurga)
Nabi Saw bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan,"
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapa yang enggan?"
Nabi Saw menjawab: "Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang menderhakaiku dialah orang yang enggan."
[Hadis Riwayat Bukhari No. 6737] Status: Hadis Sahih.
Masih belum terlambat lagi untuk kita memperbetulkan diri.
Analisa punca kita terjebak dengan benda dunia.
Contohnya jadi affiliate.
Beli barang dan promote.
Tau-tau kita dan memperbanyakkan benda dunia.
Dan memanjangkan hisab kita di sana,
Ingat akan kata2 Nabi Saw kepada Saidatina fatimah waktu puteri Rasulullah itu minta diberikan baju baru untuknya kerana baju yang dihadiahkan Rasulullah untuknya sudah diberikannya kepada pengemis.
Nabi Saw berkata, beliau khuatir Allah SWT akan mengurangkan apa yang akan diberikanNya kepada puterinya itu nanti di dalam syurga.
Cuba kita renungkan apa yang kita dah hadirkan satu demi satu di dunia ni..
..dah terlalu banyak,!
Tambah benda yang tak berapa penting dan dibeli berulang-ulang.
Allahu akbar.!!
Apa kah betul kita ni tak kisah kalau apa yang sewajarnya kita dapat kat sana tu berkurangan dengan sebab kita dah gunakannya kat dunia ni..?
Sama2 lah kita fikir..dan renungkan,
SEkian tu je lah..
Get Strong Sama-sama!
Assalamualaikum wbt..