"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Dalam konsep kita ingin bermimpi kepada Rasulullah,
Biarkan kita juga berharap agar mimpi itu dalam keadaan beliau senyum atau dalam keadaan beliau happy.
Apa sebabnya?
Tentunya bermimpi kepada Rasulullah sesuatu hal yang cukup luar biasa (seseorang kalau dapat melihat kepada Rasulullah).
Dan tentunya suatu hal yang baik yang didapat oleh orang itu daripada Allah dengan bermimpi Rasulullah.
Yang perlu kita perhati adalah,
Apa amalan baik saya?
Off course dalam hal ini ingin bermimpi kepada Rasulullah dan apa yang boleh dibanggakan dengan Rasulullah kepada umatnya selain daripada beramal baik yang kita lakukan.
Dalam hadis,
Nabi saw bersabda, 'Kehidupan saya memberi manfaat kepada kamu, wafatnya saya juga begitu,'
Kata sahabat, 'Macam mana wafat kau memberi kebaikan?'
Kata Nabi, 'Amal kamu disampaikan kepada saya, kalau amal kamu baik saya gembira, dan saya bersyukur. (Maknanya Nabi happy) Dan kalau amal kamu tidak baik, saya mintakan ampun kepada Allah SWT.'
Bermakna Nabi mengetahui perbuatan yang tidak baik dilajukan oleh umatnya itu sendiri.
Saya kalau bermimpi Rasulullah. saya akan menjadikan apa yang saya harapkan daripada Nabi ialah Nabi tersenyum,
Dan akan menjadikan suatu hal yang merungsingkan kalau apa yang dilihat dalam mimpi kepada Rasulullah dalam keadaan beliau tidak happy dengan apa perbuatan yang kita lakukan kerana tak seorang pun dari kita yang terlepas dari kesalahan salah dan silap.
Jadi bila ingin bermimpi kepada Rasulullah saw,
Pastikan meminta agar beliau dalam keadaan happy.
Dan meminta agar supaya mimpi itu mimpi yang indah.
Baru-baru ini Habib Umar ada cerita.
Waktu ada perang dekat Syam (Syria).
Ada seorang Syeikh daripada Syria, yang ikut dalam melaksanakan haji.
Selesai melaksanakan haji (Di kehemah, Mina)
Jumpa dengan Habib Umar dan beberapa Ulama' lainnya,
Syeikh ni cerita, 'Saya didatangi oleh seorang perempuan solehah'.
Dia (Perempuan itu) menangis.
Kata Syeikh, 'Kenapa kamu menangis?'
Syeikh ini menyangka mungkin menangis kerana lapar.
Atau situasi perang atau lain-lain situasi.
Kata Perempuan itu, 'Saya menangis ni tiga hari saya tak bermimpi Rasulullah.'
Syeikh bertanya: 'Tiga hari? Kamu berapa kali bermimpi Rasulullah?.'
Kata Perempuan itu, 'Saya hari-hari bermimpi Rasulullah.'
Tiga hari dia tak bermimpi Rasulullah dia menangis dengan tangisan yang Syeikh tersebut tak sanggup tengok dia sampai menangis seperti itu.
'Tiga hari saya tak bermimpi Rasulullah'.
'Ertinya kamu setiap hari bermimpi Rasulullah saw?'
'Ya setiap hari saya tengok?'
'Berapa wirid kamu dalam berselawat?'
'15 ribu setiap hari.'
Perempuan itu berselawat 15 ribu setiap hari untuk bermimpi kepada Rasulullah saw.
Jadi wasilah yang pertama ialah,
Memperbanyakkan selawat kepada Nabi saw itu bukan hanya tirisan (dikira).
Tapi berselawat kepada Nabi itu perlu dengan penghayatan.
Kita kena maasa sebut nama Nabi, masa berselawat kepada Nabi itu merasakan berapa dekatnya kita kepada Nabi.
Sebab setiap kita berselawat kepada Nabi, beliau akan jawab selawat dan salam kita kepada beliau.
Seperti mana dalam hadis. 'Tiada seorang pun berselawat kepada Nabi melainkan selawatnya akan dijawab.'
Bila merasa dekat kepada Nabi ketika berselawat, ketika bersalam,
Itu selawat paling berkesan kepada seseorang.
Sejauh mana kita menghayati kepada Sunnah Nabi saw.
(Amalan-amalan ke seharian)
Seseorang yang dalam hidup ini,
Katanya, 'Orang yang paling dekat pada saya ialah orang yang paling baik akhlaknya.'
Maksudnya, kalau mahu dekat, melihat dan rapat tidak lain tidak bukan ialah kita punya akhlak, banyak menyerupai dengan akhlak Rasulullah saw.
Tidak berputus asa untuk berdoa kepada Allah untuk mendapatkan insyaAllah amalan (mampu melakukan amalan tersebut).