"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Diingatkan dalam ayat ini bagaimana orang yang berkata-kata itu dipantau oleh Allah SWT.
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ اِلَّا لَدَيْهِ رَقِيْبٌ عَتِيْدٌ
"Tidak ada orang melafaz satu lafaz kecuali Raqib dan 'Atid akan catit." (QS.Qaf: Ayat 18)
Kata Sayidina Syeikh Abdul Qadir Jailani, dipesankan oleh ibunya, :"Ini duit peninggalan ayahmu untuk engkau pergi belajar. Disimpan dia punya duit tu di dalam poket jubahnya supaya selamat. Kemudian ibunya berpesan: "Aku berpesan kepada engkau, jangan berdusta. Dan ketahuilah bahawasanya percakapan antara aku dan engkau ini, Allah jadi saksi." Pergilah dia ke Baghdad ikut dengan satu kabilah. Di perjalanan kabilah dirompak. Perompak paksa kepada semua kabilah keluarkan duitnya. Setiap kali lalu kepada Syeikh Abdu Qadir Jailani tidak dipedulikan. Sebab masih budak, masih kecik. Tak mungkin dia pegang duit, sehingga ada satu perompak tu saja mungkin gatal nak tanya, so dia tanya :" Kau ada duit?!". Jawab Syeikh Abdul Qadir Jailani: "Ada! sekian2 dirham!". "Mana?" Tanya Perompak. "Ada, dalam poket!." Soal perompak itu. "Kamu tahu siapa aku?!". "Tau" Jawab Syeikh Abdul Qadir Jailani. "Kamu tahu duit kamu akan diambil dan kamu masih mengatakan (tidak menyembunyikan)?." Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, "Ya! aku diminta oleh ibu aku untuk tidak berdusta!." Kata perompak itu: "Aik! Ibu kamu mana boleh nampak kau berdusta sekarang!." Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani: "Ya, Ibu aku ketika mengambil janji daripada aku untuk tidak berdusta, dia bagitau..Allah jadi saksi! Ibu aku tak nampak tapi Allah nampak!." Perompak itu pun akhiranya: "Ini budak kecik ambil janji daripada ibunya untuk tidak berdusta, dia pun tak mahu berdusta walaupun ibunya tak nampak. Kita dah berapa kali rompak orang tanpa kita takut kepada Allah yang pantau kepada setiap amal yang kita lakukan. Mulai hari ini taubat!." Perompak jadi taubat.
Kejujuran didasari dengan rasa takut kepada Allah SWT. Tak mahu tipu, kata-katanya ada nilainya, ada malaikat yang catit.
Hari ini pemantauan ibu kepada anaknya diletakkan spy.
Anaknya pergi dihantar oleh 'driver'.
Atau sekali dengan handphone, diberitahu ke mana, adakah dia pergi kedai ke?. dia pergi ke panggung wayang ke?, dia pergi tengok ape ke!?
Kenapa tak diajarkan dia takut kepada Allah.?
Kenapa tak dididik iman.?
Kenapa tak diberitahu kepada anak, Allah menjadi saksi!
Anak-anak yang dididik dan diawasi spy semua, dia pandai.
Dia keluar daripada rumah dia pakai kain pelikat. (Padahal tipu)
Macam mana orang tua mendidik anaknya itu dengan cara (spy) seperti itu,
Anak akan lebih pandai tipu kepada orang tuanya.
Setiap diajar dengan cara seperti itu dia akan cari helah.
Cuba tanamkan, rasa takut kepada Allah SWT.
Anak itu akan sendiri terdidik macam mana Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dipesankan oleh ibunya.
"Ibu aku masa berpesan kepada aku..'Allah jadi saksi!'"