"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Untuk menunaikan hak solat ini,
Perlu jaga sebelum saat dan setelah,
Sebelum solat itu dia membayangkan di hadapan siapa dia akan hadap,
"Saya nak menghadap kepada zat yang Maha Berkuasa,
Yang Maha Mengetahui, yang cipta saya,
Yang bagi nikmat saya, yang bagi mata saya, bagi akal saya,
Yang bagi segala kesempurnaan pada diri saya sendiri."
Semalam saya buat dia tahu,
Sepuluh tahun lalu apa saya buat dia pun tahu...
Mungkin saya dah lupa apa saya dah buat,
Tapi catitan dia tetap tahu,
Dia tahu segala-galanya,
Apa yang akan saya lakukan esok dia pun tahu,
Walaupun saya belum tahu apa yang akan berlaku pada hari esok,
Bayangkan ini solat terakhir,
Lepas solat kita mati,
Dengan membayangkan bagaimana keagungannya Allah SWT,
Di situlah kita akan terpanggil untuk khusyuk dalam solat,
Supaya pengakhir kehidupan di akhirat dengan solat,
Sempurnakan wudhuk, sempurnakan adabnya,
Gunakan siwak ketika sebelum solat,
Ini semua pra solat,
Dalam solat kita kena tahu rukunnya,
Rukun qaulinya, rukun fi'linya, rukun qalbinya, rukun maknawinya,
Fokus kepada Allah SWT,
Masuk ke dalam solat,
Direct kita bercakap langsung dengan Allah swt,
Sepertimana kita bercakap dengan penguasa, dengan sultan,
Dengan sesiapa, ada protokol,
Sebut2 dirinya macam mana, sebut sultan macam mana,
Kita pun berbicara dengan Allah SWT ada protokol juga,
Selepas daripada solat kena dilihat,
Adakah solat yang kita lakukan mencegah diri kita daripada perbuatan keji dan mungkar?
Kalau belum, perbetulkan solatnya untuk kita sempurna solat,
..sebelum, saat dan selepas solat..