"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ada seorang sahabat tu tuan/puan dia kerjanya berzikir je pagi dan petang.
Nabi SAW nampak dia berzikir, Nabi kata,
"Ingin kah kamu aku ajarkan empat kalimah, sekiranya ditimbang kalimah ini dengan apa yang kamu zikirkan daripada pagi sampai petang, nescaya kalimah yang aku ajarkan ini pasti lebih berat dalam timbangan amal."
Dan kalimah yang Nabi ajar ni tuan/puan adalah kalimah tasbih.
Kalimahnya (seperti),
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Subhanallah wa bihamdihi 'adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi
Terjemah/Maksud:
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat 'ArasyNya, dan sebanyak hitungan kalimatNya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi kata baca 3x zikir ni.
Berat dalam timbangan amal mengatasi sebahagian zikir yang lain.
Baca dari pagi sampai petang.
Istiqmah (jangan tinggal) paling kurang 3x sehari.