"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Baru-baru ini Habib Umar ada cerita.
Waktu ada perang dekat Syam (Syria).
Ada seorang Syeikh daripada Syria, yang ikut dalam melaksanakan haji.
Selesai melaksanakan haji (Di kehemah, Mina)
Jumpa dengan Habib Umar dan beberapa Ulama' lainnya,
Syeikh ni cerita, 'Saya didatangi oleh seorang perempuan solehah'.
Dia (Perempuan itu) menangis.
Kata Syeikh, 'Kenapa kamu menangis?'
Syeikh ini menyangka mungkin menangis kerana lapar.
Atau situasi perang atau lain-lain situasi.
Kata Perempuan itu, 'Saya menangis ni tiga hari saya tak bermimpi Rasulullah.'
Syeikh bertanya: 'Tiga hari? Kamu berapa kali bermimpi Rasulullah?.'
Kata Perempuan itu, 'Saya hari-hari bermimpi Rasulullah.'
Tiga hari dia tak bermimpi Rasulullah dia menangis dengan tangisan yang Syeikh tersebut tak sanggup tengok dia sampai menangis seperti itu.
'Tiga hari saya tak bermimpi Rasulullah'.
'Ertinya kamu setiap hari bermimpi Rasulullah saw?'
'Ya setiap hari saya tengok?'
'Berapa wirid kamu dalam berselawat?'
'15 ribu setiap hari.'
Perempuan itu berselawat 15 ribu setiap hari untuk bermimpi kepada Rasulullah saw.
Jadi wasilah yang pertama ialah,
Memperbanyakkan selawat kepada Nabi saw itu bukan hanya tirisan (dikira).
Tapi berselawat kepada Nabi itu perlu dengan penghayatan.
Kita kena masa sebut nama Nabi, masa berselawat kepada Nabi itu merasakan berapa dekatnya kita kepada Nabi.
Sebab setiap kita berselawat kepada Nabi, beliau akan jawab selawat dan salam kita kepada beliau.
Seperti mana dalam hadis. 'Tiada seorang pun berselawat kepada Nabi melainkan selawatnya akan dijawab.'
Bila merasa dekat kepada Nabi ketika berselawat, ketika bersalam,
Itu selawat paling berkesan kepada seseorang.
Sejauh mana kita menghayati kepada Sunnah Nabi saw.
(Amalan-amalan ke seharian)
Seseorang yang dalam hidup ini,
Katanya, 'Orang yang paling dekat pada saya ialah orang yang paling baik akhlaknya.'
Maksudnya, kalau mahu dekat, melihat dan rapat tidak lain tidak bukan ialah kita punya akhlak, banyak menyerupai dengan akhlak Rasulullah saw.
Tidak berputus asa untuk berdoa kepada Allah untuk mendapatkan insyaAllah amalan (mampu melakukan amalan tersebut).