Sumber: ytube
Kita tak boleh tentukan hidup kita. Sebab itu kita wajib kenal akan zat yang telah terlalu banyak memberi nikmat atas kita,Tuhan yang terlalu sayang dekat kita. Tuhan yang mendahulukan rahmatNya daripada kemurkaanNya. Ini lah yang perlu kita kenal. Kita takkan boleh kenal jikamana hati ini penuh dengan kekotoran dan kegelapan. Tetapi hati yang bersih dia akan keluar daripada hati ini cahaya makrifah.
Sayidina Uthman Ibn Affan berkata: "Orang yang kenal Allah, maka akan lahir dalam tubuhnya dan dalam dirinya beberpapa alamat.
1. Hatinya dipenuhi dengan rasa takut dengan murka Allah dan azab Allah.
2. Hatinya dipenuhi dengan rasa berharap rahmat Allah.
3. Lisannya selalu memuji Allah.
4. Lisannya selalu menyanjung Allah.
5. Kedua belah matanya sentiasa selalu disertakan rasa malu dengan Allah Swt
6. Dua matanya selalu diiringkan tangisan kerana Allah.
7. Keinginannya untuk meninggalkan kesenangan dunia.
8. Apabila dia mula kenal Allah, dia mula mencari keredhaan Allah.
Wallahu a'lam.