Seragam Hitam
Lirik Dan Makna Di sebalik
Versi Islamic
Ku suka kau suka
Sayangku pada agamaku bersama redhaNya dalam langkahku.
Nak tunggu apa
Tak perlu tunggu siapa nak hiburkan aku
Kepala dah layan
Fikiranku dah bersatu dengan seluruh isi agamaku
Mata dah kenan
Aku sayang agamaku
Masam manis pedas
Apa pun rasa dari ujian hidup yang aku tempuh selama bersamanya
Sesedap rasa
Akan ku cuba hadapinya dengan sempurna tabah.
Tinggal kau nak kunyah
Semuanya hanya perlu hadapi saja tanpa rasa takut kerana aku ada Allah
Ku cinta kau cinta
Cintaku pada agamaku dalam redha Tuhan yang empunya Cinta.
Nak tunggu apa
Perjuangan yang selalu menuntut bersama tidak dibiar dalam paksaan
Apa nak jadi jadi
Terus mara tanpa perlu kisah dan pedulikan sesuatu yang menghalang seandai itu yang terbaik
Leave and let it be
Tetapkan pendirian dan biarkan semua yang berlaku itu dalam janji dan ancaman Allah.
Ku suka pakaian seragam hitam
Kusuka menghias diriku dengan semangat keberanian
Kau pun suka busana yang
Serba hitam
Seiring kecintaan Allah yang menyukai hambaNya yang semangat dan berani..
Itulah satu petanda
Seandainya kau pun menyukainya itu lah suatu petanda bahwa..
Jiwa kita sama dan serupa
Kita boleh dalam langkah yang sama..
Nak tanya siapa lagi
Tiada yang boleh menjawab hatimu..
Kalau bukan hati mu sendiri
Melainkan dirimu sendiri tuk secara ikhlas bersama dalam jalan ini...
Zaman ini serba pantas
Dunia semakin hampir ke penghujung
Lambat sikit kita kan dipintas
Ayuh bersama berlumba di jalan Allah sebelum maut kan mendahului segalanya..
Takkan nak sampai mimpi
Usah menunggu kan datang mimpi beroleh syurga
Baru nak kau pasti
Tuk memulakan segalanya..
Dalam seikat daun sirih
Dalam tiap dari kita yang wujud di dunia ini,
Mana boleh tak boleh
Adalah suatu galakan,
Jumpa sehelai sirih bertemu urat
Tuk memiliki seorang sahabat peribadi..
cerminan ahli syurga Allah