Sumber: ytube
Nabi kata aku berdiri di depan pintu syurga. (Ini mungkin malam mikraj).
Aku tengok majoriti penduduk syurga adalah di kalangan faqir miskin.
Tuan² siapa majoriti ahli syurga?
Orang miskin ka orang kaya?
Orang miskin.
Hati hati orang yang Allah bagi harta. Tempat kalian sedikit di dalam syurga.
Hati² orang yang Allah amanahkan harta di tangan dia.
Nabi kata,
Harta yang ada di tangan kita Allah amanah je.
Tumpang letak.
Allah ambik kekayaan dunia tumpang letak di tangan kita letak atas nama kita,
Nabi kata,
Allah nak tengok bagaimana kamu uruskan amanah itu..?
Apakah kesemuanya hanya untuk kesenangan kamu sahaja,
Ataupun sebahagian besarnya dikongsi dengan orang lain yang Allah taqdirkan miskin kepada mereka?
Dengan sebab itu kita kalau Allah bagi amanah duit duk di tangan kita..kena berlumba lah,
Sebab kuota orang kaya sikit.
Ada dua orang kawan baik dua² soleh,
Seorang miskin, seorang lagi kaya. (Hadis)
Siapa masuk syurga dulu?
Si miskin masuk syurga dulu.
Selepas 500 tahun barulah dia tengok kawan dia yang soleh kaya ni masuk.
Ya Allah.
Bila kawan dia yang soleh yang kaya ni masuk dia kata,
Aku sudah yakin kamu telah pun dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka. Bukan sebab su uzon (sangka buruk),
Di sebabkan terlalu panjangnya jarak kita masuk ke dalam syurga..
(Kawan dia yang soleh kaya tak masuk neraka, cuma sebab panjangnya jarak 500 tahun tu baru kawannya yang kaya soleh masuk ke syurga, dia fikir mungkin Allah Swt tlah memasukkannya dulu ke dalam neraka)
Wallahu a'lam.