TAKWA ertinya menunaikan segala perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-larangannya.
Seorang muslim yang bertakwa sentiasa takut terhadap azab Allah lalu menjalankan apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Ketaatan tersebut dilakukan secara lahir dan batin dengan penuh ketundukan dan kehormatan kepada Allah.
Jalan menuju ketakwaan kepada Allah Swt memerlukan kepada adanya ilmu pengetahuan, kehendak serta keinginan yang kuat, selain itu menuntut adanya tindakan sungguh-sungguh, serta ketulusan hati.
Firman Allah Swt QS Ali Imran: 133-135, yang bermaksud :
ุฅَِٰูู ู َุบِْูุฑَุฉٍ ู ِّู ุฑَّุจُِّูู ْ َูุฌََّูุฉٍ ุนَุฑْุถَُูุง ูฑูุณَّู ََٰٰููุชُ َููฑْูุฃَุฑْุถُ ุฃُุนِุฏَّุชْ ِْููู ُุชََِّููู. ูกูฃูฃ
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (133)
ูฑَّูุฐَِูู َُُِูููููู ِูู ูฑูุณَّุฑَّุขุกِ َููฑูุถَّุฑَّุขุกِ َููฑَْٰูููุธِู َِูู ูฑْูุบَْูุธَ َููฑْูุนَุงَِููู ุนَِู ูฑَّููุงุณِ ۗ َููฑَُّูููู ُูุญِุจُّ ูฑْูู ُุญْุณَِِููู. ูกูฃูค
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134)
َููฑَّูุฐَِูู ุฅِุฐَุง َูุนَُููุง۟ َٰููุญِุดَุฉً ุฃَْู ุธََูู ُูุٓง۟ ุฃَُููุณَُูู ْ ุฐََูุฑُูุง۟ ูฑََّูููู َููฑุณْุชَุบَْูุฑُูุง۟ ِูุฐُُููุจِِูู ْ َูู َู َูุบِْูุฑُ ูฑูุฐُُّููุจَ ุฅَِّูุง ูฑَُّูููู ََููู ْ ُูุตِุฑُّูุง۟ ุนََٰูู ู َุง َูุนَُููุง۟ َُููู ْ َูุนَْูู َُูู. ูกูฃูฅ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135)
Ada lima ciri-ciri secara umum kategori orang-orang bertakwa yang disebut di dalam firman Allah swt QS Ali Imran: 133-135 di atas, iaitu:
1. Dalam hidupnya gemar menginfakkan harta bendanya di jalan Allah, baik dalam keadaan sempit mahupun lapang.
2. Mampu mengendalikan serta menahan diri dari sifat amarah.
3. Selalu bersifat pemaaf dan tidak pendendam kepada orang lain yang berbuat salah.
4. Tatkala terjerumus pada perbuatan keji dan dosa atau menzalimi diri sendiri, ia segera ingat kepada Allah, dan kemudian bertaubat, beristighfar, memohon ampunan kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
5. Secara sedar tidak mengulang perbuatan keji dan mungkar yang pernah dilakukan.
Alangkah pemurahnya Allah SWT kepada hambanya. Allah tidak meninggalkan hambanya dengan matlamat tanpa menceritakan ciri-ciri untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Ciri² dan sifat orang² yang bertaqwa ini perlulah sentiasa disemai dalam diri kita dan perlulah sentiasa berusaha ke arah itu. Taqwa perlu diamalkan selalu dalam menghadapi cabaran kehidupan dunia yang sementara ini.
Wallahu a'lam bissawab.