

Alhamdulillah dah nak siap pun doa ni. Tinggal nak betulkan makna dia yang songsang bak kuarge 69 tu je. Hihi.
Ayat ni doa sebelum tido. Aku start buat dah 3 bulan lalu dah, lpas tu melayan bz penat sampai skunk baru la ada feel nak sambung blik..tiiber. Ni nak betulkan makna dia..tunggu setahun lagi. Haha. Tak de lah.
Di antara xtvt yang mendekatkan fikiran dan jiwa kite dengan agama. Alhamdulillah! Ingat jawi, ingat Allah, ingat Rasulullah! Ingat Al-Quran, Ingat Islam..lepas tu..tak ingat ape dah, orang selalu tak ingat ape dah (hilang ingatan) itu bahaya..ini tak ingat ape dah..tak bahaya..maksudnya, malap atau hilang dari ingatan segala isu² atau masalah² dunia, sebab fikiran dalam memikirkan agama, tenang, damai je..
Allah!
Actually aku wat ni guna kertas A4, sebab tak muat tu aku pakai la dua helai, then niat lepas siap baru nak gabungkan. Kunun juz nak simple² la..tapi jadi satu masalah lak!.. bila baca je terjemahan dia.."aik! asal 'AKU HIDUP DAN MATI' dulu?." Teringat dialog citer p ramlee, 'Do yang mati dulu, taak Minah yang mati dulu, eh orang tua ni nak bergaduh aku bagi tea kang!', eh hilang fokus aku. Rupanya, aku tulis makna dia tu ikut rumah masing². Hahax..tak salah tapi nampak macam juling la.
Btw, fikir²,
Apakah hidup seseorang yang simple tu jua akan berlaku benda yang terbalik...? Seperti terbaliknya makna doa ini..oleh kemahuanku yang nak simple² itu? Fuh!
Astaghfirullah²,
Ha jawab..ha jawab soklan kekanak 30-an ni.
Ok pendapat aku lah..(kunun bukan aku).
Tidak ada kaitan hidup ada berlaku yang terbalik untuk mereka yang simple sahaja. Hemm! Untuk orang yang suka bergaya, penuh style, suka yang branded² pun ada berlaku benda yang terbalik dalam hidup diorang. (Hihi mohon x terasew) Contohnya..maaf sebut, pakai underwear crocodile kat dalam. Padahal sepatutnya kan crocodile duk kat luar..hahah..githew. Terbalik jugak kan, namenye.
Hakikatnya tiada yang mustahil terjadi dengan kuasa Allah swt,.kerna apa jua yang terjadi... semuanya sudah tertulis di luh mahfuz. Aka tertulis ianya sebelum ada kejadian langit dan bumi ini lagi, kan. Harap maklum.
Sekian.