Sumber: ytube
Setiap doa yang mustajab dia mengandungi empat perkara paling hebat.
1. Sebut nama Allah SWT.
2. Sebut nama Nabi SAW.
3. Meminta ampun dosa diri sendiri.
4. Meminta ampun dosa mak dan ayah.
Bila ada ke empat-empat ni, maka ketahuilah bahawa doa engkau akan dibawa kepada Allah swt dan Allah akan memustajabkan doa engkau.
Apa doa mustajab yang ada dalam al-Quran?
Kenapa saya bagi untuk belajar doa mustajab ni, ialah supaya Allah membukakan banyak pintu rahsia kerana doa ni doa mustajab.
Bahagian mana nak ambil tuan²?.
Buka al-Quran pada muka surat 75, pada ayat 193, ada satu doa mustajab. Siapa hafal al-Quran akan tau ayat ni. Surah Ali-'Imran.
Doanya seperti ini:
رَبَّنَآ اِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُّنَادِيْ لِلْاِيْمَانِ اَنْ اٰمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَاٰمَنَّا ۖرَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّاٰتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْاَبْرَارِۚ
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu), “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu,” maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.
Sebab apa ulama berkata doa ni mustajab?
Lihat muka surat 76, ayat 195, surah Ali-'Imran, Allah SWT berfirman:
Maka diterimalah permintaan itu oleh Tuhan mereka itu.
Kata ulama' di antara doa paling mustajab di dalam al-Quran ialah doa ini.
Minta apa?
(Ayat ke 193, surah Ali-'Imran muka surat 75)
Dan terakhir (doa mustajab) tuan²,
Maka kata ulama', doa ini adalah doa mustajab untuk kita amalkan bersama.
Maka saya hadiahkan doa ni untuk tuan², yang mana tlah beramal, beramal teruslah, pada siapa yang tak beramal lagi, nak ambil sila. Saya serahkan doa tu untuk tuan² yang tlah diberikan doa² ni oleh guru² saya sendiri. Para umar syeikh yang alim dan sebagainya, berikan serahkan doa² macam ni untuk kita bentuk balik generasi, bentuk balik diri kita jadi insan² yang terpilih, insan² pilihan, insan² mulia, insan² beriman dan bertaqwa dengan Allah swt.
Aamiin Ya Rabbal 'alamin