Sumber: ytube
Sahabat beriman yang dirahmati Allah, Islam telah mengatur segala hal dengan jelas, yang kesemuanya sudah termaktub dalam ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis-hadis sahih.
Begitu juga aturan tentang kewajiban orang tua kepada anaknya yang sudah berkahwin, hak anak terhadap orang tua, dan perintah supaya anak terus berbakti kepada orang tua hingga akhir hayat.
Dalam QS. Al-Isra' (ayat 23 dan 24): "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sudah sampai usia tua dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada mereka perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah perkataan yang baik² kepada mereka."
"Dan berbaktilah kepada dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'wahai Tuhanku! Sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mendidikku ketika kecil.'"
Ayat tersebut menjelaskan bahawa, kita sebagai anak wajib berbuat baik kepada orang tua, selayaknya orang tua yang telah menyayangi dan memenuhi hak-hak anaknya sewaktu masih kecil.
Dan kewajiban sebagai anak lelaki terhadap orang tuanya (khususnya adalah ibu) akan terus berlanjut walaupun anak lelaki tersebut sudah memiliki isteri.
Oleh sebab itu, anak lelaki harus terus mengabdi kepada ibunya, dan memenuhi kewajipan sebagai anak lelaki terhadap ibunya.
Saudara yang beriman.
Apakah kewajiban anak lelaki kepada ibunya?
1. Berbakti Kepada Ibu
Dalam QS Maryam: 14, Allah Swt berfirman:"Dan seseorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka".
Berbakti boleh juga diwujudkan dengan menghormati, menyayangi dengan sepenuh hati, bersikap sopan dan sebagainya.
Namun kebanyakan yang terjadi saat ini adalah, seseorang lelaki yang telah berkahwin, seringkali menyisihkan bahkan melupakan ibunya hanya kerana sudah memiliki keluarga sendiri.
Padahal kalau kita mahu menyedari, kewajiban anak lelaki walaupun telah berkahwin adalah tetap memerhatikan kedua orang tuanya dengan baik dan apabila hal ini diabaikan, maka insyaAllah Allah SWT akan memberikan peringatan kepada kita.
Oleh sebab itu janganlah mengabaikan kewajiban sebagai anak lelaki kepada orang tuanya, supaya redha Allah selalu menyertai kita semuanya.
2. Bersikap Adil Terhadap Nafkah Ibu Dan Isteri
Hal yang satu ini seringkali menjadi punca konflik dalam keluarga, dan mungkin masih menjadi pertanyaan besar dalam hati kita semua.
Dalam ajaran agama islam, seorang suami diwajibkan untuk memberikan isteri nafkah zahir dan batin, dan apabila keperluan utama keluarga sudah cukup, seorang suami haruslah memenuhi keperluan ibunya juga.
Meskipun sangat jarang kita temui, orang tua meminta kepada anaknya perihal keperluan hidupnya, selama orang tua kita masih boleh berusaha sendiri.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: "Siapakah yang berhak kepada seorang wanita?" Rasulullah menjawab, "Suaminya (apabila sudah berkahwin)". Aisyah bertanya lagi, "Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki?" Rasulullah menjawab "Ibunya" (HR. Muslim)
Jika seorang isteri melarang suaminya memberi nafkah kepada orang tuanya, maka suami isteri tersebut boleh dikatakan berdosa,
Namun apabila seorang isteri turut merelakan sedikit rezeki suami untuk ibunya, maka insyaAllah, Allah SWT akan menambah rezeki dari suaminya.
3. Merawat Dengan Baik
Dalam QS. Luqman: 14, Allah SWT berfirman: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang tersangat-sangat, dan menyapihnya ketika usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
Dari ayat tersebut boleh kita simpulkan bahawa, seorang anak wajib merawat orang tua yang telah lanjut usia dengan sabar dan penuh pengharapan redha dari Allah.
Akan tetapi masih banyak yang kita temui, di saat tubuh orang tua kita sudah mulai menua, ingatan tidak setajam waktu muda dan kondisi tubuh badan yang mulai lemah, justeru kita tidak mahu disusahkan olehnya sehingga yang terjadi, orang tua kita kirimkan ke pusat penjagaan untuk dirawat orang lain.
Jika hal ini yang terjadi, ingatlah wahai saudaraku, murka Allah akan menimpa kita semuanya, dan Allah akan membalas perbuatan tersebut melalui anak² dari kita semuanya.
4. Meringankan Beban Ibunya
Seorang ibu berhak mendapatkan perlindungan dari anak lelakinya, sekalipun orang tua lelaki (bapa kita) masih hidup dan masih sihat,
Apabila kita mampu meringankan beban seorang ibu, maka insyaAllah Allah SWT akan memudahkan jalan dari kita semuanya, supaya keperluan orang tua kita boleh dipenuhi.
Kalau pun tidak boleh dengan kekayaan, sekurangnya kita boleh lakukan dengan kasih sayang, kerana sedikit sekali orang tua yang menginginkan kekayaan dari anaknya.
Orang tua justeru akan berasa senang apabila melihat anak-anak boleh menjadi orang yang berjaya, berjaya dalam bekerja dan berjaya dalam agama.
5. Selalu Menjaga Perasaan Ibu
Dari Abdullah bin 'Amru r.a, ia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Redha Allah bergantung pada redha kedua orang tua, dan murka Allah bergantung pada murka orang tua." (HR. Tirmidzi Dan Al-Hakim)
Di kala kondisi orang tua sudah tidak muda lagi, seorang anak hendaknya selalu menjaga perasaan orang tuanya, terutama ialah perasaan seorang ibu.
Walaupun kita dalam keadaan tidak baik sekalipun, semampu mungkin tunjukkanlah senyum terindah saat bertemu orang tua kita.
Hal ini semata-mata kita lakukan hanyalah untuk mententeramkan hatinya.
Di kala hati orang tua tenteram, fikiran menjadi tenang, dan doa kebaikan dari orang tua kita akan terus mengalir kepada kita.
Sungguhpun kalau itu menjadi senyuman terakhir yang mampu kita berikan kepada orang tua kita, setidaknya kita tidak memberikan beban kepada orang tua kita saat hendak menghadap kepada Sang Pencipta.
Sahabat beriman yang dirahmati Allah, kita sebagai anak semampu yang mungkin untuk terus menjaga dan memperhatikan orang tua kita.
Kerana penyesalan si anak adalah ketika orang tuanya meninggal, dan anak belum boleh membahagiakan orang tuanya.
Wallahu a'lam bissawab.
Semoga Allah selalu melindungmu dan menjaga kedua orang tua kita, seperti mereka menjaga kita di waktu kecil.
Aamin Ya Rabbal 'Alamiin