Sumber: ytube
Ditanya Rasulullah:" Teman yang macam mana yang baik?" Sampai dikatakan, 'al jalis'.
Erti teman tu dalam bahasa arab macam², sohib teman, sodiq teman, zamil teman, anis teman, jalis teman. Tapi kalimat 'jalis' iaitu teman rapat daripada perkataan 'jalasa' duduk. (Teman yang kita sentiasa duduk dengan dia).
Teman yang macam mana yang perlu kita selalu duduk dengannya? Kata Nabi:" Kalau kamu tengok dia, kamu ingat Allah".
1. Kalau tengok kepada dia wajahnya wajah orang baik, perbuatannya mengingatkan kita kepada Allah swt, sehingga apa saja yang kita selalu pandang kepadanya hati menjadi sejuk. Teman yang macam ni kau duduk dengan dia. Jadikan dia teman kamu.
2. Kalau dia bercakap engkau bertambah ilmu, itu teman yang baik. Sikit² ada manfaat yang kita dapat daripada dia.
Kalau dia hari² 24 jam, pagi dia cakap game, tengahari cakap bola sepak, petang hari bola takraw, kemudian malam hari futsal, (24jam cerita hal² yang tidak menambahkan kita ilmu, bukan tak boleh main futsal tapi 24 jam nak cakap hal² yang tidak mengingatkan dan tidak menambahkan ilmu, maka perlu kita ada muhasabah.)
3. Amal perbuatan kawan kamu itu kalau mengingatkan kamu pada akhirat maka dia teman yang baik.
Tengok dia, kita ingat kepada Allah, duduk dengan dia kita bertambah ilmu, tengok amalnya mengingatkan kita kepada akhirat.
Wallahu a'lam.