Sumber: ytube
Solat adalah ibadah fardhu ain, bagi setiap orang islam yang mukallaf. Solat juga merupakan tiang agama, dan menjadi amal yang pertama kali akan dihisab di hari akhirat.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya pertama kali yang akan dilihat atau dihisab dari amal seorang hamba pada hari kiamat adalah ibadah solat, bila ditemukan ibadah solatnya sempurna, maka diterimalah solat dan seluruh amalnya, apabila ditemukan solatnya kurang yakin atau tidak baik. Maka ditolaklah solatnya dan seluruh amalnya".
(HR. At-Tabrani)
Ada orang yang rajin solat, tapi mengapa solatnya tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Mulutnya masih menceritakan aib orang lain, sangat senang ghibah, mengunjing tetangga, bahkan tidak segan untuk menghina dan merendahkan sanak saudara. Orang ini bererti, tidak merasakan manfaatnya solat dalam kehidupannya. Dia tidak merasakan kenikmatan dari solat yang dilakukannya. Maka besar kemungkinan solatnya belum diterima oleh Allah swt.
Hal ini disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Pada hari kiamat nanti, ada orang yang membawa solatnya kepada Allah swt, kemudian dia mempersembahkan solatnya kepada Allah, lalu solatnya dilipat² seperti dilipatnya pakaian yang kumal, kemudian dibantingkan ke wajahnya. Allah tidak menerima solatnya.
Banyak sekali orang yang solat dan solatnya akan dibantingkan ke wajahnya, ditolak oleh Allah swt, bahkan ada yang celaka dengan solatnya, seperti yang terdapat dalam firman Allah swt dalam Surah Al-Maun, ayat 4 dan 5.
"Maka celakalah bagi orang² yang solat, iaitu orang² yang melalaikan solatnya"
Masalah ibadah solat merupakan urusan hamba dengan penciptanya, diterima atau tidaknya solat seseorang hanya Allah yang mengetahuinya, tetapi bisa diketahui dari ciri²nya atau tanda²nya.
Sebagaimana dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bazar dari sahabat Abdullah bin Wahid Al Harani, Rasul telah bersabda yang ertinya:
"Sesungguhnya Aku Allah hanya menerima solat seseorang yang bersifat tawadhu' kerana keagunganKu dan tidak mencela makhlukKu, dan tidak membiasakan maksiat dan durhaka kepadaKu dan menghabiskan waktu siangnya untuk berzikir kepadaKu dan mengasihi orang² miskin dan ibnu sabil dan kepada janda miskin dan mengasihi pada orang² yang tertimpa musibah"
(H.R Imam Al-Bazar)
Dari hadis qudsi tersebut dapat disimpulkan bahawa orang yang diterima solatnya oleh Allah swt memiliki ciri² atau tanda². Di antara tanda²nya adalah:
1. Selalu merendahkan diri.
Solat yang dilakukan dengan khusyu', menjiwai, takut dan merendahkan diri di hadapan Allah, sikapnya selalu tawadhu' kerana keagungan Allah, rendah diri terhadap sesama, tidak sombong dan selalu mengagungkan kebesaran Allah. Patuh terhadap segala aturan² yang ditetapkan oleh Allah swt dan rendah hati, tidak angkuh)
Para ulama mengatakan, kalau kita sudah mengangkat tangan untuk takbir, ketahuilah bahawa kita sudah meninggalkan dunia ini, sudah meninggalkan planet bumi ini, sudah mikraj terhadap Allah swt, seperti Rasulullah sudah berada di sidratul Muntaha.
2. Tidak sombong.
Tidak menyombongkan diri kepada makhluk Allah. Tawadhu'nya dalam solat melahirkan rendah hati dalam pergaulannya dengan sesama manusia. Kekuasaan tidak menyebabkan ia sombong kerana ia tahu bahawa kekuasaan adalah amanah Allah. Kekayaan tidak menyebabkan ia memperbudakkan orang lain kerna ia tahu bahawa harta hanyalah titipan Allah, pengetahuan yang tidak membuatnya tinggi, sebab dia tahu bahawa pengetahuannya tidak seberapa, dibandingkan luasnya ilmu Allah. Orang yang merasa solatnya diterima, tidak akan merasakan dirinya tinggi daripada orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya, ada perasaan sombong walaupun hanya sebesar debu saja."
(H.R. Muslim)
3. Tidak mengulangi maksiat kepada Allah.
Dalam hidup sekali waktu kita pernah jatuh ke dalam maksiat kecil atau besar. Mungkin kita pernah berdusta kepada orang lain, mungkin kita pernah menyakiti hati tetangga, mungkin kita pernah memanfaatkan jabatan untuk memperkaya diri, bahkan mungkin kita pernah menyebabkan orang lain menderita dalam hidupnya.
Barangsiapa solatnya tidak menyebabkan dia menjauhkan sifat kekejian dan kemungkaran maka solatnya hanya akan menambah dia jauh dari Allah saja.
4. Mampu mengawal nafsu.
Orang yang mampu menjadi alat kawalan untuk mampu mengawal hawa nafsunya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang solatnya tidak mencegah dari keburukan dan kemungkaran, maka solatnya hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah swt." (H.R Muslim)
5. Selalu berzikir dan mengingat Allah swt.
Selalu berzikir kepada Allah swt baik pada waktu siang mahupun malam, menyempatkan diri untuk berzikir pada Allah swt meskipun urusan dunianya sangat sibuk.
Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, syariat Islam sudah banyak pada diriku, ajarakanlah pada diriku sesuatu yang boleh aku pegang teguh untuk selamanya." Nabi s.a.w menjawab," Usahakanlah menjawab lidahmu agar selalu basah menyebut nama Allah. Jangan biarkan lidahmu kering tanpa menyebut nama Allah.
Berzikir bukan saja disyariatkan setelah sembahyang tapi juga pada setiap saat, ketika berdiri, duduk bahkan berbaring. Pada satu majlis sahaja sahabat menemukan Rasulullah membaca istighfar seratus kali.
Allah swt berfirman: " (iaitu) orang- orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah, ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. (Qs Ar-Ra'd, Ayat 28)
6. Menyayangi orang miskin.
Dia bukan orang yang melakukan ruku' dan sujud sahaja tapi dia juga memikirkan penderitaan sesamanya, dia menyisihkan sebahagian waktu dan rezekinya untuk membahagiakan orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang yang dermawan dekat dengan Allah dekat dengan manusia dan dekat dengan syurga, sedangkan orang yang bakhlil atau kedekut jauh dari Allah jauh dari manusia dekat dengan neraka.
Solat yang diterima Allah nampak bekasnya di kehidupan orang yang melakukannya. Islam bukan saja datang untuk menegakkan akidah dan ibadah melainkan jugak membela manusia yang lemah, fakir miskin, orang yang kehabisan bekal, janda yang ditinggalkan suaminya dan orang yang menderita, orang kaya yang membuat sudut kecil di rumahnya untuk solat tahajjud di malam hari.
Tidak diterima solat nya bila ia membiarkan tetangganya mati kelaparan, bila tidak tersentuh hatinya atas penderitaan orang lain. Bila acuh tak acuh saja terhadap masalah kemiskinan bangsanya.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan masuk syurga orang yang kenyang padahal tetangganya kelaparan di sampingnya."
Wallahu a'lam