Sumber: ytube
'Sesungguhnya ada satu surah di dalam al-Quran memiliki 30 ayat yang dapat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan iaitu surah Al- Mulk.' [Hadis riwayat Ibnu Majah]
Membaca dan menghayati surah Al- Mulk dapat menghapuskan dosa dan menjadi syafaat ketika berada di dalam kubur.
Membaca surah Al-Mulk ini adalah menjadi sunnah Nabi S.A.W antara surah yang Nabi baca sebelum tidur. Ada lagi surah yang Nabi baca sebelum tidur antaranya Nabi rajin baca surah As-Sajadah, Az-Zumar, Al-Isra'. Pelbagai surah. Cuma surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah ni tak pernah Nabi S.A.W tinggal sebelum tidur.
Surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat, tetapi dia punyai keajaiban, dia boleh menghapus dosa² kita. Jadi saya menyeru pada diri saya dan tuan² semua, setiap hari sebelum kita tidur, kita jadikanlah membaca Al-Mulk ini sebahagian daripada amalan harian kita sebelum kita tidur. Sebab ini adalah antara amalan yang boleh selamatkan kita di dalam kubur.
Ada beberapa benda yang boleh menyelamatkan kita di dalam kubur. (Memberi keringanan kepada kita). Antaranya adalah:
1. Membaca surah Al-Mulk, fadhilatnya akan meluaskan kubur, meringankan dan memudahkan kita daripada azab kubur.
2. Kita jangan tinggal doa yang Nabi S.A.W ajar kepada kita setiap kali lepas tahiyat akhir.
ุงََُّููููู َّ ุฅِِّูู ุฃَุนُูุฐُ ุจَِู ู ِْู ุนَุฐุงَุจِ ุฌَََّููู َ، َูู ِْู ุนَุฐุงَุจِ ุงَْููุจْุฑِ َูู ِْู ِูุชَْููุฉِ ุงْูู َุญْูุงَ َูุงْูู َู ุงَุชِ َูู ِْู ِูุชَْููุฉِ ุงْูู َุณِูุญِ ุงูุฏَّุฌุงَِّู
Ya Allah aku minta perlindung-Mu daripada azab neraka jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah hidup sebeleum dan selepas mati, dan juga daripada fitnah dajjal.
Allahumma inni a’udhu bika min ‘adhabi jahannam, wa min ‘adhabil-qabr, wa min fitnatil-mahya wal-mamat, wa min fitnatil-masihid-Dajjal
O Allah, I seek refuge in You from the punishment of the grave, and from the punishment of Hell-fire, and from the trials of life and death, and from the evil of the trial of Dajjal the False Messiah
Al-Bukhari 2/102, Muslim 1/412
Daripada hadis ini juga dapat kita fahami bahawa azab kubur itu adalah satu benda yang ada di dalam syariat kita dan kita berakidah sunnah wal jamaah mesti percaya adanya satu alam yang namanya adalah alam kubur. Samada hang mati di tanam dalam kubur atau hang mati tanpa ada kubur.
Contoh: Terbakar di atas kapal terbang, kena makan dengan ikan jerung, hilang dan sebagainya. Maka tetap seseorang itu roh dia akan melalui alam kubur atau alam barzakh walaupun tanpa ditanam.
Surah Al-Mulk ni tuan² ada masnya kita tak larat baca, kadang² kita terlupa, kadang² kita ingat tapi syaitan ganggu kita kita jadi tak ingat jugak. Ini namanya kita kena straight dengan diri sendiri. Semua benda² sunat ni kita kena disiplinkan diri kita. Cukup waktu ni aku kena buat apa, cukup waktu ni aku kena buat apa, ada amalan² yang aku kena buat sebelum aku tidur, iaitu baca surah Al-Mulk. Allahu.
Jadi ini adalah surah yang Nabi S.A.W suruh, kalau boleh surah ni berada dalam hati ummatku. Maknanya kita spend lah masa sikit untuk hafal surah Al-Mulk. Hafal tiga ayat dulu, tiga ayat ni baca dalam sembahyang sunat, baca dalam sembahyang fardhu, baca atas motor, bagi lancar tiga ayat, nanti baca ayat keempat pulak, jangan gelojoh, jangan laju sangat, hafal ayat keempat behenti sekejap, hafal 1 hingga 4, ulang² bagi lancar atas bawah atas bawah, hafal dah, pergi ayat ke lima plak. Jangan gelojoh. Kita tak ada spm pun nak ambil nak kena cepat hafal, tak da, pelan². Nak kukuh kan bacaan apa nak kena buat, kena ulang selalu dan terbaik sekali ulang di dalam sembahyang.
Wallahh a'lam.