Apa hukum seorang isteri meminta cerai daripada suaminya.?
Hukumnya, kalau suaminya tidak jahat apa², isteri itu tidak cium bau syurga.
Nabi kata: 'Mana² isteri yang sengaja meminta cerai daripada suaminya tanpa ada kejahatan daripada suaminya maka dia (perempuan) itu haram mencium bau syurga.'
Walaupun dia kahwin yang kedua, jadi isteri solehah tetap tak boleh masuk syurga. Kerana dia ada salah dengan orang.
'Faharamun 'alaihil jannah'. Maka haram atas perempuan² ini syurga.
Melainkan ada beberapa sebab boleh minta cerai.
1. Sebab suami tidak beri nafkah.
2. Suami mendera atau mencederakan.
3. Suami melarang yang wajib. Contoh: Larang pakai tudung dan sembahyang.
4. Menyuruh yang haram. Contoh: Suami menyuruh minum air ketum.
5. Suami kena penjara 3 tahun dan ke atas bagi sesetengah negeri dalam persekutuan malaysia. Rujuk semula mahkamah syariah.
Wallahu a'lam