Sumber: ytube
Gaya atau kategori melihat kematian itu ada tiga iaitu:
1. Orang yang lupa mati
2. Orang yang takut mati
3. Orang yang ingat mati
Kita nak masuk yang mana. Kadang kita kata, saya ingat mati, tapi sekejap ingat sekejap lupa. Itu bukan ingat mati namanya, itu banyak lupa.
Belajarlah dari kelapa muda atau putik kelapa. Jangan ketawa bila kita kata kita kelapa tua yang jatuh. Kerana atas izinnya Allah, kelapa muda jatuh, kelapa tua jatuh dan sebagainya.
Orang yang lupa kematian itu dia,
1. Benci kan kematian, jangan disebut kematian depan dia.
2. Akan cuba melupakan agar dia dapat terus bergembira dengan kehidupan. Dia tak nak ingat mati kalau dia ingat mati dia kata nanti tak boleh bergembira katanya. Mati baginya tak perlu difikir² kan. Soal dosa pahala dianggap remeh, dianggap tidak penting, dianggap seperti lalat yang hinggap di muka sahaja. Mengingat dosa pahala baginya menganggu usahanya untuk meraih kenikmatan dan kesenangan² dunia.
3. Ingat mati bila dalam kesulitan, kemalangan, dan kesakitan baru dia rasa nak ingat mati. Itu pun bukan memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya. Tapi dia paling bimbangkan adalah apa yang akan ditinggalkannya. Contoh, bimbang akan keluarganya, syarikatnya, siapa nak jaga isteri, siapa nak jaga anak, jaga syarikat. Inilah yang buat dia pening kepala. Dia bukan fikirkan tentang apa yang diri dia akan lalui (contoh di akhirat) tapi apa yang dia akan tinggalkan.
4. Mempunyai iman yang sangat tipis daripada Allah. Tak suka mati atau tak suka orang bercerita tentang mati, dan dia itu dikategorikan sebagai orang yang benci mati.
5. Dia tidak belajar agama, dia tak belajar tentang apa yang ada sebelum dan selepas mati. Sedang belajar tu wajib. Dia merasa hidup ni hidup je lah, mati mati lah.
Wallahu a'lam.