Percaya tak, ada seorang yang tanah dia setiap inci tanah di dunia ni semua milik dia belaka. Kaya tuan tuan. Kalau kita ada satu tanah duduk dekat tepi klcc kaya tak tuan tuan? Kaya woo. Tuan tuan boleh bayangkan ada seorang yang tanah dia setiap inci tanah di dunia ni semua milik dia belaka. Kaya tak orang tu? Bukan setakat tu, setiap benda yang duduk di atas tanah tu pun milik dia, semua bangunan tu semua dia punya. Kaya tak? Lagi kaya kereta semua duit semua yang ada semua milik dia. Hebat orang ni tuan tuan.
Tapi ada orang yang lebih hebat daripada dia. Siapa orang tu? Orang yang sembahyang sunat dua rakaat sebelum sembahyang subuh pagi tadi.
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Sebab tu siapa yang terlepas pagi tadi rugi, rugi, rugi, Allah saja yang tahu. Bukan rugi seringgit. Bukan rugi seribu. Bukan rugi sejuta. Tapi rugi dunia dan segala isinya. Faham tak? Start esok jangan tinggal dah.
Wallahu a'lam.