Kedudukan dan situasi yang diri capai sekarang ini bukanlah petanda dah termaktub pengakhiran diri begitu jua. Hanya..hakikat yang akan terjadi seandai berniat akan tetap memilih kedudukan dan situasi tersebut hingga menghadap ilahi..barulah sesuai dikatakan dia akan mendapat baik atau buruk berdasarkan situasi semasa yang dipilih itu..
Hakikat diri bukan menghukum seseorang itu bakal mendapat buruk begitu dan begini atas haluan yang dipilih. Hanya sekadar memperingati dan menyedar atas nama tanggungjawab sesama manusia tentang kesalahan atau kesilapan dalam jalan yang dipilih itu.
Firman Allah swt:
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat:55)
Wallahu a'lam..