Sekadar Tulisan.
Tulisan Yang DiKarang..
Cerita?
Buat Iktibar,
Buat Keinsafan Bersama,
Di Hari Jumaat..
Rindu plak nak buat hutang, rindu plak nak mohon AKAK. Faverit dan hobi aku ni dah lama tak berlangsung. Aku jenis tak suka berhutang dengan orang. Aku hanya suka berhutang dengan bank. Seronok bila dapat pinjaman. Hidup aku masa tu dengan tak de apa², tapi citarasa dan kemahuan aku besar dan tinggi. Tapi malangnya ia bukan suatu cita² rasa yang sangat berfaedah, ia hanya cuma cita² rasa yang sementara yang tak dapat membantu diri sendiri dengan jelas mahupun sesiapa untuk hidup lebih gumbira dan lebih maju di waktu seketika itu dan di masa hadapan. Huh! Begitu gambarannya.
Jadi dengan adanya rindu ini, aku harap aku tak terbuat hutang lagi. Dulu mungkin rasa gaji tu berkepuk yang boleh jadi habuk dan serbuk sekelip mata, tapi sekarang apakah yang boleh digelar sekiranya berkepuk lagi...oh keadaan yang amat mudah sangat terbuat hutang..i juz need to pay cash aje skunk. Kalau tak mampu, maka aku percayalah itu bukan rezeki aku.
Aku pernah dinasihatkan seorang pegawai bank ketika mahu meminjam duit segera, katanya sudah² la tu dengan sikap.."gali lobang tutup lobang!". Mungkin sebab dia tau dan rasa aku ada pinjaman ASP yang nak kena bayar, aku ada hutang² lain..namun tak tau apa hutang aku. Dan dia tau aku apply AKAK. Lagi nak tambah hutang lain.
Dengan aku yang mohon AKAK untuk kecikkan jumlah bayaran hutang sebulan ketika tu, ada hutang ASP dan cuba pula buat pinjaman segera membuat dia..menyalahtafsirkan aku sebagai "Gali lobang tutup lobang"?. Sedang dia tak tahu apa yang dah aku hutangkan. Sehingga memohon AKAK. Sebenarnya hanya jumlah yang kecil. Dari Rm380 yang aku mesti bayar sebulan untuk dua benda dikecikkan amaunnya menjadi rm100 sahaja sebulan. Dan pinjaman ASP pula 50K. Bukan sepuluh benda..ya..atau empat puluh benda. Yay..bila hutang digelar benda.
Jadi mana datangnya gali lobang tutup lobang etu?. Sehingga aku nak buat pinjaman segera pun tak dibenarkan. Aku bekerja untuk membayar, bukan meminjam untuk membayar. Dari meminjam ke bank dari mana pula datangnya duit untuk membayar setiap bulan. Kalau bukan dari bekerja. Bukan dari hasil yang dipinjam. Sedang bayaran aku di setiap pinjaman hutang cantik je setiap bulan. Tidak lambat dan cukup amaunnya. Fuh! Fakta. Sebab itu aku diberi kepercayaan memohon Saham ASP. Cuba jelaskan, peminjam AKAK mana la yang boleh mohon ASP..? Dalam erti kata lain, tak ada orang yang ada keterlibatan AKAK boleh mohon ASP. Melainkan orang tu bayar cantik je setiap bulan. Fuh! Seperti itulah yang dikata pegawai ASP, sewaktu aku ditawarkan. Bukan angkat raga.
Aku nak terangkan, aku ditawar tuk memohon pinjaman ASP oleh pegawai ASP..ya, bukan datang ke situ berniat tuk memohon ASP, huhu, aku terima kerana mungkin tergoda dengan kata² nya je..semetara gaji aku waktu tu cukup je. Tidaklah sampai nazak lagi buat melangsungkan hidup aku sendiri waktu tu. Lalu nak dituduh pula aku sedang menggali lobang totop lobang dengan cuba buat pinjaman segera selepas itu..yang mungkin baginya aku nak cover balik duit ASP aku dek kerna tak cukup tuk buat rolling setelah bonus saham ASP tu..aku buat tuk membayar hutang² aku yang rm100 itu atau setelah sesuka hati memboroskannya dek saja² atau dek tak kecukupan duit. Boleh fikirla ape dalam fikiran dia. Wallahu a'lam.
Hakikat mungkin benar..sebab dia fikir aku nak cover balik duit ASP aku kerna tak cukup tuk buat rolling, lalu dia mereject aku dan menuduh aku 'gali lobang tutup lobang'.
Fuh, Astaghfirullah..jauh sangat fikiran pegawai tu..jauh ke lautan samudera. Kerna dia cakap macam tu, aku tak jadi mendesak nak buat pinjaman segera. Kau silap duhai pegawai seandai mentelah aku tak pernah membayar hutang. Atau lari dari bayar hutang. Sedang dia tak mengerti erti nyanyat or tabiat..oh apekah. Tapi bagus jugak dia tegah aku. Tak susah² aku nak saja² apply AKAK. Aku mohon AKAK tu permulaannya sekadar saja² je. Ikut nasib lulus. Walhal aku mampu bayar hutang² aku. Sekadar mahu lebih selesa.
Kelakar..kan..cerita hutang aku ni. Hehe. Saat waktu bertindak tak cukup rajin guna akal. Sekarang ni aku cuma berhutang dengan satu bank je. Harap² dapat ditamatkan lah perhubungan ini..fuh..habis penuh covid ni. Entah sampai bila nak bayar² aje. Sedih jugak. Duit keluar² aje. Untunnnnya tara ada. Haha..
Pengalaman hidup yang boleh diambil iktibar..kalau tak perlu..jangan buat hutang. Seandai akhirnya menyebabkan kau pun tetap belum ada rumah sendiri..belum ada benda yang menyenangkan sesiapa...selain dari hanya tenaga kau sendiri...
Amat sedihnya bertabiat boros seolah² bersaudara dengan sethon. Sungguh dia tak pernah belanja. Kerna apa yang tak menyukakan Allah itu adalah kesukaannya..menyukakannya.
Sedang di akhirat nanti..diri akan ditanya, ke mana dan dari mana duit yang dibelanjakan itu,
..seperti dalam sebuah hadis,
Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang pada Hari Akhir nanti pasti akan ditanya tentang empat hal: usianya untuk apa dihabiskan, jasmaninya untuk apa dipergunakan, hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa dipergunakan, serta ilmunya untuk apa dia pergunakan.”
(Riwayat Abu Dawud)
Sekian...