Tanda Ilmu yang manfaat...kita tak sombong. Allah angkat sifat sombong kita dan digantikan dengan sifat tawaduq.
Semakin kita ada ilmu semakin kita tunduk dengan Allah.
Iblis dilaknat sebab sifat sombongnya. 'Aba wastakbarawakana minal kafirin.' Sebab dia rasa dia hebat.
Rasa ni kita je tau. Rasa hebat, rasa bagus, rasa elok, rasa baik, rasa soleh.
Orang yang dia rasa dia ada ilmu dia akan bodohkan orang lain,
Orang yang rasa dia kaya, dia akan miskinkan orang lain,
Orang yang ada pangkat yang besar dia akan hinakan orang yang di bawahnya,
Sebab dia rasa..
Rasa nilah orang tak tau tapi Allah tau.
Dan rasa ini lah yang dikira oleh Allah.
Kalau kita sakit kencing manis semua orang akan ziarah kita dan semua orang bagi takziah pada kita dan kaki kita kena potong.
Kaki kita kena potong dengan sebab kencing manis orang datang ziarah di hospital dan bagi takziah pada kita.
Ketika kita ada sifat² yang boleh memotong amal kita,
Siapa yang memberi salam takziah pada kita?
Siapa yang kesian pada kita?
Tiada siapa yang kesian pada kita,
Tiada siapa yang menasihati kita ketika amal kita mula dipotong sedikit demi sedikit,
Kalau balik esok kita ingat amal kita banyak rupanya kosong.
Saya melihat secara orang bodoh. Saya mengaku saya bukan orang pandai.
Dulu kita sembahyang rapat², kerana covid kita sembahyang jarak².
Adakah perkara ini saja² dijadikan oleh Allah?
Tidak.!
Sebab Allah sebut dalam Al Quran macam tu.
'Rabbana ma khalaq rahaza batila subhanaka fakina 'azabannar'
Kita zahirnya nampak saja berhubung bahu, tapi hati kita pecah.
Kita kata orang ni kita kata orang sana.
Bahu kita berhubung sembahyang rapat²,
Tapi hati kita pecah belah..dengan hasad dengan dengki dan sebagainya.
Rosaknya kita itu dengan sebab perkara yang sama.
Dunia pangkat harta.
Nabi s.a.w bersabda. 'Hubbuddunia'. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan.
Dan Nabi sebut di dalam hadis akhir zaman, esok umat aku, mereka akan ada satu penyakit yang dinamakan wahan. Takut mati, kasih dunia, cinta dunia. Itu sebab ada orang bertengkar sebab dunia. Bukan kerana mempertahankan Allah dan rasul. Sebab dunia.
Kita dahlah amal sikit. Sembahyang sunat tak de, kadang kita sembahyang sunat ba'diah maghrib pun kita berkira² dengan Allah.
Kemudian hasad tak hilang, dengki tak habis, macam mana nak masuk syurga.?
Boleh ke nak masuk syurga dengan sembahyang zuhur, asar, maghrib, isyak, subuh sahaja.
Di samping yang fardhu kita tak meninggalkan yang haram.
Sampai umur kita sekarang. Kita masih belum mampu untuk sujud kepada Allah swt pada dua per tiga malam secara istiqmah. Tak mampu kita. Nak sembahyang tahajjud. 'Fatahajjad bihi na filatallak asa ayyab asaka rabbuka maqa mam mahmuda'.
Cakap kita semakin hebat tapi nak bangun dua per tiga malam sujud kepada Allah kita tak mampu.
Betullah apa yang disebut Allah dalam surah yaasin: 'Al yaumanakh timu 'ala 'afwa hihim watukallimuna aydihim, watashhadu arjuluhumbima kanuyaksibun'.
Esok Allah tutup mulut kita sebab pandai bagi alasan, pandai bagi jawapan. Orang cakap ni kita jawab ni. Esok Allah tutup, yang cakap tangan kita, kaki kita mengadu dengan Allah. 'Ya Allah mereka (orang ini) boleh sembang hal dunia sampai pagi ya Allah. Tapi mereka tak boleh mengingati engkau, menyebut asma' (nama) engkau ya Allah sehingga satu pagi'.
Dalam satu hari satu malam berapa kali kah nama Allah yang kita sebut?
Berapakah kalimah Allah yang kita ucap hari ini?
Alhamdulillah ada solat, kalau tak de solat?
Berapakah kalimah tasbih yang kita sebut hari ini?
Berapakah kalimah selawat yang kita sebut hari ini?
Berapakah kalimah istighfar yang kita ucapkan hari ini?
Kita bagi alasan macam² tetapi Allah memerhatikan kita, 'kiraman katibin' mencatat setiap amalan kita.
Dunia ni kita cakap lah ape ape sebab kita ada mulut. Kita tunggu sama² di hari akhirat. Saat kita di hadapan Allah. Kita nak tipu siapa? Aku bagi umur 70 tahun..apa yang kau buat?
Sumber dari: Ceramah yt