Asiah Si Ratu Syahadah. Di hari jumaat yang mulia. Versi baring nan ke laut..hihi. Entah haper.
Aku klik lirik dia dekat musixmatch gugel kan, sekali..dia sebut di mahligai piramid daa..haha. Orang tirani..dia piramid. Haha. Apekah!
Ape maksud tirani? Tirani ialah zalim. Kezaliman. Atau corak pemerintahan yang zalim oleh pemimpin negara atau puak dan lain² yang menggunakan kekuasaan sesuka hati. Fuh, copy habis dari kamus dbp. Hehe. Copy eh, bukan mengejek.
..........
Hari ni jumaat yang sejuk. Alhamdulillah. Tengah malam tadi membawa ke pagi turun hujan lagi. Selang sehari. Kelmarin rabu pun hujan. Syukur bumi Tuhan dalam rahmatNya.
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُ ۥ ۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. (As-Syura: Ayat28)