بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
Empat perkara ada tandanya kita safar pada Allah.
(Safar ialah perjalanan rohani (hati dan jiwa) seseorang hamba menuju kepada Allah SWT)
Walaupun kamu petani,
Walaupun kamu penoreh getah,
Tak pakai serban, topi sudu lagi, safar pada Allah.
Pertama, Iman,
Kedua, Ilmu,
Ketiga, Amal,
Keempat, Ikhlas.
Orang ikhlas sahaja yang tidak dapat dihasut oleh Iblis 'alaihi laknatullah.
Kalau orang alim boleh dihasut,
Orang beramal boleh dihasut,
Tapi ilmu mendahului amal.
Jadi solusinya ialah selalulah kamu berada di dalam majlis ilmu,
Tak da rugi apa pun kita,
Nabi Saw bersabda:
"طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ"(Tholabul ilmi faridhotun ala kulli muslimin)
Maksud: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim'
(Hadis Riwayat Ibnu Majah (No. 224))
Ilmu mana yang kita dikehendaki belajar?
1. Ilmu akidah
2. Ilmu fiqah
3. Ilmu akhlak yang baik
Tak rugi kita belajar ilmu tiga ini,
Jangan belajar ilmu ikut suka.
Saya tak minat fiqah,
Saya minat tasawuf saja,
Punah ranah kita nanti!
Kita pergi sekolah masuk setiap kelas,
Subjek geografi, matemetik, bahasa melayu dan lain-lain semua kita belajar,
InsyaAllah kita akan menjadi murid yang berjaya.
Tentang iman,
Alhamdulillah kita orang yang beriman,
Lepas tu ingatlah bila kita dengar,
'Wahai orang-orang yang beriman?'
Katalah ''Aku orang yang beriman!''
Jangan kata ''InsyaAllah!''
Jangan shak dan jangan ragu,
''Aku orang yang beriman!''
Tapi kalau kita dengar,
"Wahai orang-orang yang bertaqwa!''
Jangan kata, "Akulah tu!''
"Wahai orang yang zuhud!"
"Akulah tu!'' Jangan!
Tapi sebutlah "InsyaAllah!"
''Mudah-mudahan aku menjadi orang yang zuhud!"
''Wahai orang-orang yang sabar!"
"Bukan aku tu!''
"InsyaAllah!''
"Semoga Allah berikan aku termasuk dikalangan orang-orang yang sabar!''
Tapi kalau ''Wahai orang-orang yang beriman!''
''Akulah orang yang beriman!''
Bukan ''InsyaAllah akan jadi orang-orang yang beriman!''
Kerana dia ragu tentang iman itu masih lagi kufur!
Tentang mulut,
Jagalah mulut kita.
Nak cakap, cakaplah!
Empat hari empat malam tak berhenti tak pe.
Tapi, pastikan berkata yang baik!
Kerana ada malaikat di sisi kamu yang mencatat.
Sehingga dikatakan kamu 'ehem!' (berdehem) pun ditulis juga berdehem.
Nampak tak? jadi jaga mulut.
Salah satu yang menyelamatkan diri kita, jaga mulut.
Tak payah bercakaplah,
Banyakkan diam.
Banyakkan baca Quran,
Banyakkan berzikir.
Banyakkan baca kitab,
Banyak dengar kuliah!
Mulut diam!
Nak tulis, salin (copy) kat orang lain sudah!
Kita tak pandai,
Salin banyak mana penulisan ulamak-ulamak di dalam blog, di dalam website.
Kita pandai orang putih,
Kita terjemah ke bahasa orang putih,
Kita pandai Arab,
Pergi ke website-website ulamak bahasa Arab,
Terjemah ke bahasa Malayisa,
Sehari satu, sehari satu,
Itu yang sebenarnya saham yang betul untuk kita ceburkan diri,
Ni sibuk hal rumah tangga orang lain,
Habis benda nak dimasuk campur.
Habis benda tak kena,
Itulah perangai kita,
Kita ni umat yang terbaik.
Sebaik-baik umat yang dikeluarkan di kalangan manusia tiba-tiba mulut kita jahat!
Biula bercakap jadi berdosa.
Kawan tu nikah awal dia kata galak (sangat bersemangat, gatal),
Apa salah kita jawab, itu jodoh!
Nikah lewat pulak dikata, "dok rok cetong!" (sangat lemah),
Yang bini tua laki muda,
Dia ulang lah.
Dia kata main bomoh.
Laki tua bini muda,
Dia kata kena bahan saka.
Nikah sorang, nikah pulak sorang lagi,
Dia kata tak cukup bini!
Nikah tiga pulak dikata gila seks.
Nikah tiga pulak dikata gila seks.
Maknanya nak jadi betulnya besar luasnya neraka Allah tu,
Ramai diperlukan untuk jadi 'member of the hell' ahli neraka!
Itu contoh!
Padahal apa salahnya kata,
"Oh jodohnya, padahal dia tua dah boleh nikah anak dara, Alhamdulillah!"
Tapi tak! (bersangkaan) "Dia main bomoh la tu!"
"Aku tau dah main bomoh!"
Semua benda nak ulas.
Orang jual kena, orang tak jual kena.
Habis semua benda lah.
Kerajaan tak betul,
Rakyat tak betul.
Yang betul siapa?
Dia sorang ja betul!
Ini penyakit umat akhir zaman.
Berubah molek (elok) lah kita ni,
Kita ni mewakili ibu bapa kita sebenarnya,
Jadilah orang yang baik.
Allah beri peluang kita hidup sekarang ni,
Sedang orang ramai mati duduk dalam kubur dah,
Ramai mati akibat virus,
Kita hari ni boleh duduk,
Masih boleh hidup,
Boleh datang pulak ke majlis ilmu,
Boleh duduk dalam kuliah,
Suatu nikmat.
Maka ambil lah peluang!
Jadilah orang yang baik.
Itu saja.
Supaya kalau Allah panggil kita di akhirat nanti,
"Wahai hambaku!"
Kalau Allah panggil, "Wahai hambaku!" di akhirat,
Masuk syurga dia.
Siapapun kamu orang miskin ke orang kaya,
Jadi lah orang yang baik!
Itu saja mudah saja,
Ambil peluang,
Ramai mana orang yang dah mati dah tak de peluang,
Yang kita, berterima kasih lah kepada Allah atas nikmat hidup!
Nak buat macam mana?
Jadi orang baik!
Di antara orang yang baik ialah,
Dia bercakap yang baik.
Sekiranya tak pandai bercakap yang baik,
Diam sahaja.
InsyaAllah kita akan menjadi orang yang Allah redha ke kita.
رضي الله عنهم
(Radhiyallahu'anhum),
Maksud, Allah redha dengan kita.
Jangan cari keredhaan manusia,
Kawan-kawan ejek kita, buli kita, viral kita,
Kita boleh buat apa?
Biar Allah radhiallahuanhum,
Allah redha daripada kita semua,
Kerana apa? kerana kita buat perkara yang Allah suka.
Jadilah seperti orang yang ulamak-ulamak sufi kata,
Orang yang baik itu orang yang merasa bersalah apabila mendengar suatu nasihat.
Berhati-hatilah duduk di zaman fitnah ini,
Banyak-banyakkan lah berdoa,
Biar link kita tak putus internet kita dengan Allah,
Turun rahmat pertolongan Allah,
Buat kerja-kerja agama bukan kerana manusia tapi kerana Allah.
Sikit atau banyak,
Aku akan buat, aku akan cakap aku akan kata!