"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Siapa yang seronok untuk dia nak selamat,
Maka hendaklah ia diam,
Bila kita bercakap,
Ia ada kesan daripada bercakap.
Ada guru yang bertanya kepada Syeikh Fahmi Zamzam.
"Kami nak tanya, Syeikh!, kenapa ada masa semangat masuk kelas,
Ada masa tak semangat masuk kelas.?"
(Ada mood dan tak ada mood?)
Kata Syeikh Fahmi,
Sebab yang paling besar yang menimbulkan tak ada mood tak ada semangat sebab bercakap banyak!
Duduk di bilik guru, bersembang..
Sebenarnya memberi kesan kepada jiwa,
Melainkan kita bercakap tu ada keperluan syarak.
Jadi siapa nak selamat lazimkan diam.
Bila kita bercakap tentu ada salah.
Bila ada salah maka dia akan memberatkan hati kita,
Maka sebab itu kalau kita bersembang-sembang dengan kawan kita,
Last sekali akhirkan dengan zikir,
سبحان الله وبحمده، أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك
Maksudnya: "Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu."
Baca selawat, baca tasbih kafarah, dan juga baca surah Al-Asr.
Dia akan meadamkan semula bahagian yang merapu-merapu yang tak elok yang diucapkan (dalam sembang).
Dia tutup balik dan settle balik semula.
Sembang-sembang tutup dengan tasbih kafarah.
Yang bermakna tasbih yang mengkafarahkan.
Yang menutup semua kesalahan,
Dan kemudian kita mohon ampun kepada Allah swt
Berkata Al-Ustaz Al-Khusyairy Rahimahullahuta'ala,
Orang-orang sufi itu mengutamakan diam kerana mereka tahu percakapan itu termasuk di dalam perkara-perkara yang membinasakan.
Kalau bercakap banyak menyakitkan hati orang pun ada.
Menyentuh perasaan orang pun ada.
Jadi bila mana menyentuh peribadi orang perasaan orang,
Kita kena minta maaf,
Bagaimana kalau dia enggan memaafkan?
Kita kena kata 'Aku minta Maaf!'
Dan keluar dari mulut dia, 'Saya Maaf!'
Kalau dia kata, 'Tiada maaf bagimu!'
Macam mana nak buat?
'Tak da, bagimu tiada maaf!'
Habislah,
Lepas tu esok plak kena mari lagi,
'Minta minta maaf lah!'
'Tiada maaf bagi mu!'
'Sampai bila tiada maaf bagimu ni?'
'Sampai akhir hayat!'
Jenuh lah!
Kalau dia kata nilai minta maaf RM1000,
Bagi-bagi RM1000 Alhamdulillah, 'Aku maafkan!'
Selesai!