"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ada tiga serangkai yang boleh membunuh jiwa manusia,
Antaranya,
Yang pertama penyakit riak.
Kita nak orang puji kita lalu kita bercerita kita tunjuk kepada orang,
Penyakit yang kedua,
Penyakit bangga diri,
Iaitu penyakit ujub.
Bangga dengan kebaikan,
Bangga dengan apa yang kita ada,
Penyakit yang ketiga,
Iaitu penyakit takkabbur.
Takkabbur maksudnya apa dia..? sombong,
Penyakit yang paling bahaya di antara tiga ini adalah penyakit ujub,
Dia bermula daripada bangga diri,
Ada tak orang tiba-tiba nak menunjuk?
Tak ada..!
Melainkan mesti dia bangga dengan apa yang dia ada,
Oh! kita bangga dengan pencapaian kita ada,
Lalu kita nak riak,
Lalu kita nak tunjuk pada orang,
Bila kita tak bendung hati kita dengan keimanan...
Lalu akan datang penyakit sombong angkuh,
Lupa Allah swt,
Dalam al-Quran ibu-ibu banyak Allah suruh kita ambil peringatan,
Ibrah daripada kisah-kisah orang yang terdahulu,
Kisah Firaun, kaum Tsamud, kaum Ad bagaimana Allah menghancurkan mereka,
Kerana mereka sombong dan angkuh,
Apa yang menyebabkan mereka sombong?
Allah bagi dia hidup senang!
Allah bagi mereka kekayaan,
Allah bagi mereka banyak kelebihan..
Bila mereka lupa diri,
Bila mereka lupa Allah swt,
Tak percaya pada Allah swt dan sebagainya,
Lalu mereka bangga,
Bila bangga mereka nak menunjuk-nunjuk kepada orang,
Yang paling parah lagi mereka sombong,
Mereka lupa semua tu adalah daripada Allah swt,
Sebab tu bila kita menuntut ilmu ibu-ibu,
Ada tiga ilmu lagi ilmu syariat yang kita kena belajar,
Iaitu ilmu tauhid, ilmu fardhu ain dan ketiga ilmu tasawwuf,
Ilmu tasawwuf ni ilmu untuk bimbing hati kita,
Ilmu untuk jaga diri kita daripada amalan tu menjadi sia-sia.