بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : fb
•Terdapat beberapa hadis yang mengisyaratkan haram membunuh binatang semut,
Antaranya hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah R.A bahawa:
“Rasulullah ﷺ melarang membunuh empat jenis binatang, iaitu semut, lebah, burung belatuk (hudhud) dan burung surad (shrike)”. (Riwayat Abu Daud kitab Adab, bab membunuh semut kecil, no. hadith: 4583, Ibn Majah, kitab Buruan, bab yang tidak boleh dibunuh, no. hadith: 3215])
• Menurut mazhab Syafi'i, maksud semut yang dilarang bunuh seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah semut yang bersaiz besar dan panjang berdasar.
Dalam bahasa Arab dikenali sebagai “Naml Sulaimani” yang biasanya wujud di kawasan runtuhan. Ini kerana kebanyakkannya bersifat tidak menyakiti manusia.
• Manakala semut kecil menurut ulama Syafi'iyyah semut kecil hukumnya boleh dibunuh secara mutlak kerana sifatnya menyakiti tubuh badan dan mengganggu. Walaubagaimana pun, ulama Syafi'iyyah berpandangan bahawa harus membunuh semut-semut yang bersaiz besar jika ia menyakiti dan membawa kemudaratan seperti kerengga. Namun jika tidak menggganggu maka semut besar haram dibunuh.
• Secara ringkas, semua jenis semut tidak kira apa jenis dan saiz yang mengganggu dan menyakitkan manusia harus untuk dibunuh dan ia tidak termasuk dalam larangan Nabi ﷺ. Begitu juga harus membunuh semut-semut yang mengganggu kehidupan manusia di dalam rumah seperti mendatangi makanan dan seumpamanya.
• Para ulama juga mengharamkan pembunuhan semut dengan cara membakar. Melainkan tiada cara lain (darurat) untuk membunuh kumpulan semut yang membawa ancaman. Sebaiknya, elakkan membunuh semut-semut kecil yang tidak mengganggu dan mengancam kehidupan manusia.
Wallahu A'lam.
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil