"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Saya sebut beberapa tips lah,
Tips yang paling mudah minta dengan Allah,
Rasa tu di hati!
Hati tu milik Allah...
Sebab tu Allah tak nak bagi hati kepada sesiapa pun,
Allah sebut dalam Al-Quran,
مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍۢ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِۦ ۚ
"Ma ja 'alallahu lirajulai min qalbaii fi jaufih"
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya."
[Qs.Al-Ahzab:4]
Allah tidak pernah menjadikan untuk seorang manusia dua hati dalam rongga..dalam badan dia,
Kalau mudah bahasa..
Hati tu satu,
Kerana apa?
Kerana untuk Tuhan yang Satu!
Maka hati itu milik Allah.
Sebab tu Allah marah sangat kalau ada di hati tu selain daripada sesuatu dengan Allah.
Contoh,
Allah suka kalau dalam hati kita ada iman kepada Allah,
Tapi kalau ada kufur..
Allah sangat-sangat murka!
Tauhid kepada Allah..
Tapi kalau dia syirik sangat-sangat Allah Murka!
Sebab hati itu untuk Allah.
Jadi mintak dengan Allah!
Pernah tak solat hajat minta hati?
Kita ni kadang-kadang solat hajat mintak hati orang!
Dalam solat hajat..
"Ya Allah! Aku berkenan pada dia.."
"Ya Allah tolonglah gerakkan hati dia kepada diriku..!"
"Biarlah hati dia terbuka untuk aku..!"
Hah tu mintak hati orang...
Hati sendiri tak mintak.
Mintak dengan Allah..!
Ok. Itu jalan paling mungkin.
Yang kedua kena belajar ilmu tentang hati.
Ilmu apa tentang hati?
Ilmu tasawuf..
Ilmu penyucian hati.
Kat hati ni kenapa kadangkala tak rasa?
Ada beberapa situasi..
Mungkin hati tu dah mati..
Atau hati tu lemah..
Atau hati tu keras...
Jadi kena belajar ilmu..ilmu tasawuf.
Yang ketiga,
Kena ada zikir..
Kerana hati tu nak kena makan.
Bagi makanan dia..
Makanan hati adalah zikir.
Kalau tak dia tak kuat nak rasa,
Maka bagi zikir!
Selebihnya selepas kita adakan semua...
Doa, belajar ilmu..
Sebab setiap perkara mesti ada ilmu,
Kemudian ada zikir.