"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sembahyang dulu!
Sebab sembahyang yang baik,
Sembahyang yang sempurna...
Sembahyang yang diterima oleh Allah,
Akan mencegah diri orang yang sembahyang itu...
daripada melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.
....
Sebab tu tuan-tuan..
Budak kalau dia buas tara mana pun tapi kalau dia sembahyang,
Buas dia ada had.
Percayalah!
Tapi kalau budak tu dia jahat,
dia campur dengan tak sembahyang,
Maka jahat dia tidak bersempadan,
....
Saya cakap atas dasar pernah berjumpa,
dengan lebih 100k pelajar remaja,
Bila saya masuk ceramah di sekolah menengah,
Saya akan tanya beberapa soalan sebelum mula ceramah,
Antaranya,
Sembahaynag...
Dan tak pernah saya jumpa sekolah menengah yang 50% pelajar dia solat.
Tak pernah!
Bila kita baca kajian...
Kajian universiti, kajian orang perseorangan, kajian-kajian dalam internet..
Tuan-tuan boleh tengok banyak kajian,
Bila depa sebut 80% orang Islam Malaysia tak sembahyang,
85% umat Islam Malaysia tak solat,
Benda tu dapat dibuktikan,
Kita sendiri buktikan,
Bila kita tanya...
Allahuakbar!!
Betul rupanya memang tak sembahyang!
....
Apa lagi kebaikan yang kita harapkan,
Daripada seorang anak yang tidak mengerjakan sembahyang!?
Maka tiada kebaikan..
Sebab satu orang manusia bila dia tak sembahyang,
Dia buatlah 1000 kali umrah,
Dia bacalah al-Quran sehari 30 juzuk,...
Dia bersedekah lah sebulan 50k pun,...
Nescaya kesemua ibadat dia tidak diterima dan ditolak mentah-mentah oleh Allah SWT.
Tuan-tuan,
Apa kunci Allah terima semua jenis ibadat?
Solat...