"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Boleh jawab salam dengan hati jikalau mulutnya rabik dibaham spoket rxz!!
Rebah motor mulut masuk dalam spoket!
Hancur mulut tak boleh bercakap!
Empat bulan jahit terus mulut jawab dalam hati.
Persoalannya, ada tak mulut hancur?
Tak! boleh je cakap..
Jadi wajiblah jawab berbunyi.
Itu pendapat yang kuat.
Faham tak lagi?
Jangan tak bunyi!
Kadar mana bunyi?
Kadar sampai bunyi itu kepada orang yang beri salam.
Orang yang beri salam ada lima kaki dari kita,
Mestilah suara jawab salam kata ulama,
Lima kaki daripada kita keluar.
Jangan orang beri salam ni..
'Assalamualaikum!'
Kita jawab..'Waalaikumsalam!" (berbisik)
Dia tak dengar,
Tidak sah!
Kerana beri salam itu sunat!
Jawab salam itu wajib!
Kadar mana wajib?
Dapat dengar pada orang yang beri salam..
Jangan main-main..!