بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
Orang yang hatinya mendapat cahaya ada tiga tanda:
1. Dia menjauhkan diri daripada tertipu dalam dunia yang menipu.
Ertinya dia tak terpedaya dengan dunia.
Dia tak menjadikan matlamat dalam hidup ini mencari kemewahan.
2. Cenderung kepada hari akhirat.
Amalnya selalu difikir, 'apa yang aku dapat di akhirat?'
Bila ingin berbuat sesuatu, 'pahala apa aku dapat?'
3. Bersiap sedia datangnya kematian sebelum ia tiba.
Ia tidak mahu berbuat sesuatu yang akan ditanggung olehnya selepas kematian.
Dia sudah siap dengan wasiatnya setiap saat.
Bila kematian datang dan dia tidur wasiat sudah siap!