"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Segala hal yang terjadi walaupun dinampak hal itu tidak kita sukai,
Tapi sejuta rahsia disimpan oleh Allah swt pada hal tersebut,
Ada seorang raja dia ada seorang penasihat,
Penasihat ini selalu memberikan nasihat,
Bila ada apa-apa berlaku kepada raja..
Penasihat kata ada hikmahnya.
Ada hikmahnya!
Ada hikmahnya!
Ada hikmahnya!
Hal-hal buruk berlaku kepada raja pun kata penasihat,
Ada hikmahnya!
Sampai ada sesuatu berlaku kepada raja..benda tajam mengenai matanya,
Menyebabkan hilang satu matanya,
Raja bertanya kepada penasihat..
'Macam mana? Apa yang berlaku ni?'
'Ada hikmahnya!'..kata penasihat.
Raja marah,
'Tangkap dia ni..ada hikmahnya..katanya, masukkan dia ke dalam penjara!!
Tak kanlah semua benda ada hikmahnya sampai aku buta sebelah pun ada hikmahnya..'
Penasihat pun dimasukkan ke dalam penjara.
Suatu hari Raja keluar dengan pengawalnya..
Dan pergi ke satu kawasan untuk berburu,
Kawasan yang mereka datang untuk berburu itu dikuasai oleh manusia-manusia yang suka makan manusia (karnibal).
Raja dan pengawalnya pun ditangkap.
Ketua kepada kumpulan kabilah orang makan orang ini berkata,
'Manusia yang kita tangkap ini sebelum kita makan kita kena periksa dulu dia ni..yang sihat boleh, yang cacat jangan!'
Ternyata tiada yang cacat kecuali si Raja yang mata buta sebelah.
'Ini tak boleh! kita lepas..' katanya.
Balik Raja ke istana Raja kata, 'betul kata penasihat ada hikmahnya, kalau tidak aku dah menjadi santapan mereka ini'
Raja pun beritahu pengawal..'keluarkan penasihat daripada penjara!'
Kata Raja kepada penasihat, 'betul awak cakap kerana awak bagitahu ada hikmahnya sampai saya selamat daripada ditangkap kumpulan ini. Awak saya penjarakan dan awak setiap kali ada musibah awak akan cakap ada hikmahnya, sekarang awak saya penjarakan itu musibah bagi awak apa hikmahnya?'
Kata penasihat,'Wahai raja, kalau raja tak penjarakan saya, saya pun dengan raja akan berburu di sana. saya pasti akan ditangkap macam yang lain tapi disebabkan raja masukkan saya ke dalam penjara ada hikmahnya yang besar, saya lebih selamat dengan tuan raja.'
Ada hikmahnya!
Adakala kamu tak suka kepada sesuatu tapi sebenarnya itu membawa kebaikan kepada kamu,
Adakala kamu suka kepada sesuatu tapi ia membawa keburukan kepada kamu.
Tetap lah berdiri dalam pintu usaha dan berharap!
Dapat tak dapat..
Tercapai tak tercapai...
Usaha berjaya tak berjaya itu tak keluar daripada lingkaran asbab berharap.
Dapat tetap berharap tak dapat tetap berharap!
Dapat itu asbab..tak dapat itu pun asbab!