"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Kita nak dunia ni ke kita nak syurga Allah?
Dunia ni nak habis dah tuan-tuan,
Dunia nak habis dah...
Pegang lah al-Quran,
Berzikirlah kepada Allah,
Banyakkan lah bersedekah.
Jagalah solat lima waktu supaya kita dapat redha,
Kemudian kita mendapatkan syurga.
Kita duk di dunia kita akan mati!
Tetapi di syurga tidak mati selama-lamanya.
Kita hidup di dunia kita sakit tuan-tuan,
Sakit tuan-tuan?
Sakit.
Di dalam syurga manusia tak pernah sakit.
Tuan-tuan,
Anak-anak yang soleh akan kembali ke kampung halaman ibu dan ayah mereka,
Anak-anak yang baik,
Setiap dua bulan,
Setiap tiga bulan dia akan ziarah ibu dan ayah di kampung halaman,
Itu dunia ni,
Kalau anak-anak yang tidak baik,
Anak-anak yang derhaka dia keluar daripada kampungnya,
Selepas lima tahun dia tidak pernah menghubungi ibu dan ayahnya,
Dia tidak pernah balik ke kampung halamannya,
Begitulah kita dan juga Nabi Adam,
Kalau kita anak yang soleh,
Kita akan kembali ke kampung halaman ibu dan ayah kita,
Betul tuan-tuan,
Kampung halaman ibu dan ayah kita adalah syurga,
Ini bukan tempat kita,
Bumi ini bukan tempat kita,
Neraka juga bukan tempat kita,
Kerana neraka adalah tempat musuh kepada ayah kita..Adam,
Neraka adalah tempat iblis dan juga syaitan-syaitan,
Itu adalah kampung halaman kepada musuh ayah kita,
Iaitu lah tempat iblis laknatullahi 'alaih.