"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ulama rumuskan daripada ratusan ribu hadis Rasulullah,
Baiknya hati itu, bercahaya hati, bersih hati apabila buat 9 benda,
Cuba tengok kita buat berapa benda;
1. Membaca Al-Quran.
2. Mengurangkan makan.
Kita orang Islam kalau boleh lepas maghrib jangan makan dah. (kalau boleh)
3. Mendirikan malam (Qiamulail).
Paling kurang tiga rakaat witir (sudah dikira mendirikan malam)
4. Bermunajat pada waktu malam.
(At-taddaruq inda sahar)
Kata para ulama taddaruq ni munajat dia bersembang.
Walaupun dia tak dengar Allah swt sebut dan balas apa,
Tetapi Allah Maha Mendengar,
Munajat 5 minit ja,
Munajat tidak syarat selepas solat,
Dia bangun jaga tengah malam dia munajat,
Baca doa yang Nabi ajar tu lah.
La ila hailallah Wahdahula Syarikalah Lahulmulku Walahul hamdu yuhyi Wayumit Wahua 'ala kulli Syai ingkadir,
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilahailallah Wallahuakbar.
Wala haulawala quwata illabillahil 'aliyil 'azim.
Lepas tu berdoa lah dengan apa saja doa yang dia nak kalau jaga tengah malam,
Itu namanya taddaruq.
5. Mendampingi orang soleh.
Ini yang payah zaman hari ni,
Payah nak jumpa orang soleh,
Bukan duduk ikut dia naik kereta kita naik kereta,
Dia masuk rumah sarapan kita sarapan tepi dia,
Melampaulah tu,
Mendampingi orang soleh ni maksudnya seminggu sekali jumpa orang soleh duk dengan dia di majlis ilmu..cukup!
Seminggu dua kali baik,
Seminggu tiga kali cemerlang lah,
Itu mendampingi orang soleh (mujalatus solihin)
6. Diam dari perkara yang tidak berkaitan.
Dia diam sebab benda tu tak da kaitan,
Ini sifat salafussoleh tau sahabat semua,
Sembang kosong tak da,
Duk diam saja,
Mengajar, berzikir, menyapa adik beradik,
Menyapa kawan, menegur sapa orang yang di depan,
Lepas tu habis..(kemudian diam).
Hari ada seorang ulama yang kalau kita duk dia akan diam banyak,
Syeikh Nuruddin Al-Makiyy,
Kalau duk dengan dia kan..dia diam ja,
Orang lain sembang,
Dia akan tanya sikit je,
Yang lain dia diam,
7. Menjauhi ahli maksiat.
Tapi jangan hina,
Menjauhi..
Jangan menggauli mereka!
Macam tu.
Apa maksud jangan menggauli mereka?
Tiap-tiap petang kena kopi o kat kedai dengan dia,
Aa itu maksudnya menggauli dia,
Aaa selalu bersama dengan orang-orang ahli maksiat,
Aaa jangan selalu!
Tegur wajib!
Ajak buat baik..wajib!
Tidak menghina..wajib!
Jangan menghina ahli maksiat.
Nampak tak..
Islam bukan maksudnya menjuhi tu maksudnya menghina dan tidak tegur apa yang dia buat,
Tidak!
Tetapi kita jangan menjadi kawan rapat,
8. Tidak berlebih-lebih dalam urusan manusia.
Sampai warna tirai pun kita nak masuk campir.
"Tak sesuai lah you punya sofa warna biru..so you punya tirai you nak buh merah, nampak hodoh! I geli tengok!"
"Ni hang geli ke tak geli ke aku ngan suami aku mau,.."
"Tolong lah..kan. I tak suka sebab I jiran you! Setiap kali I tengok you punya tingkap I geli je."
"Tak da kena mengena dengan hidup hangg!!! Saya nak bunuh warna biru ka...pot pet pot pet..gaduh"
(contoh)
Sampai nak masuk campur semua benda.
"Tolong tukar ye kasut, saya tak tak leh tengok kasut bata ni, tolong pakai sketchy..bata ni low class..!!"
9. Makan makanan yang halal.
Sembilan benda untuk mendapatkan hati yang bersih.