"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Hidup ni kena CUKUP.
Saya nak ajar tuan-tuan dan puan-puan bawa balik C.U.K.U.P.
Nak rasa cukup dalam hidup ni mesti CINTA ALLAH itu letakkan di depan.
C ialah CINTA ALLAH,
Cinta Allah mesti letak di depan.
Sebab tu orang perempuan ni kita kata,
Macam mana pun suami kita,
Macam mana pun ujian anak-anak kita ni,
Kita mesti menjadi wanita yang tegak mendirikan solat kepada Allah swt,
U ialah kena UCAP SYUKUR SELALU
Alhamdulillah kita mulut kita sebut Alhamdulillah,
Otak tangkap..Alhamdulillah,
Otak tangkap..bertenang..berdamai dengan apa yang Allah SWT beri.
Ha..itu yang kita sebut.
Kita ni bila kita tak sebut itu yang kita tak nampak..
Alhamdulillah, suami aku masih tidur di sebelah,
Alhamdulillah kurang-kurang suami aku masih ada lagi,
Ada orang nangis-nangis suami sudah pun meninggal dunia.
Sebut Alhamdulillah hari ni tubuh badan sihat.
Biasakan menyebut...Alhamdulillah walaupun sekecil-kecil benda.
K ialah KURANGKAN MEMBANDING-BANDING.
Nak rasa cukup..
Berhenti mebanding-bandingkan apa yang orang dapat,
Tetapi lihatlah apa yang kita miliki,
U ialah UTAMAKAN ALLAH.
Nak marah..Allah dulu di depan.
Nak sedih..Allah dulu di depan.
Macam mana Allah di depan?
Hebat Allah SWT buat akal fikiran kita ni kita boleh fikir,
Kalau rasa kecewa ni..
Ya Allah Engkau lah yang paling memerhatikan wahai Allah apa yang aku lakukan.
Itu hidup bersama dengan Allah.
Hidup kerana Allah dan bersama dengan Allah.
Lalu kalau pun datang kekecewaan,
Dia tak kan terlalu melukakan.
Kalau pun datang penderitaan,
Dia tak kan terlalu membebankan..pasal apa?
Kita tau kita sedang bertahan dengan rasa bertuhan.
P ialah PERCAYA PADA JANJI ALLAH SWT.
Rezeki kita sudah ditentukan,
Bahagiannya itu Allah SWT uruskan,
Lalu hati yang tenang ni akan datang bila kita yakin dan percaya bahawa tiada satu pun perkara yang sia-sia yang Tuhan beri dalam kehidupan kita.
Melainkan mesti ada sebab kenapa di sini kita diletakkan.
Puan-puan jadi seorang ibu mesti ada sebab kenapa puan-puan bernikah dengan pasangan hari ni.
Walaupun kadang-kadang rasa..
Kenapa tak jumpa hikmah?
Hikmah mesti dicari.
Sebut nak mencari hikmah yang akan datang dalam kehidupan kita ini kena percaya bahawa hidup kita ni Allah tak pernah jadikan satu perkara tu sia-sia,
Melainkan semuanya Allah yang pilih kita,
Lalu bila Allah yang pilih,
Allah tak pernah silap dalam membuat keputusan,
Allah tak pernah salah dalam meletakkan kita di posisi kita hari ini,
Yang khilaf apa?
Kita kurang sabar,
Yang khilaf apa?
Kita nak cepat hasil,
Yang khilaf itu apa?
Kita kurang berterima kasih pada apa yang Allah SWT beri.