بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : Web/blog
Antara perkara yang semestinya dijauhi ialah:
Zalim
Ia bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat. Lebih parah daripada itu menzalimi dan menganiayai rakyat jelata dan orang bawahan mereka. Diriwayatkan bahawa Ibnu Taimiyyah pernah menyebut: Keadilan adalah asas kerajaan dan sesungguhnya Allah menegakkan negara yang adil sekalipun kafir dan tidak menegakkan negara yang zalim sekalipun Islam. Hal ini, dapat dilihat apabila negara barat yang cuba mengamalkan demokrasi tulen dapat menegakkan keadilan, boleh bertahan begitu lama. Sebaliknya, pemerintah yang zalim tumbang satu persatu kurang daripada 50 tahun seperti yang berlaku di negara-negara Arab pada masa kini.
Khianat
Allah amat membenci pemimpin yang mengkhianati hak rakyat kerana sudah pasti berlaku kepincangan dan keadilan dalam pemerintahan. Golongan pengkhianat biasanya akan mengundang pelbagai natijah buruk dan tidak baik. Hal ini berlaku di dunia lagi dan kadang-kadang sebelum menuju ke usia tua. Biasanya pengkhianatan berlaku kerana sedikit kepentingan duniawi yang dirasakan miliknya dan dia berhak untuk memperolehi kerana peluang terbuka dengan luas. Sesungguhnya ancaman Allah serta amarannya kepada pemerintah yang khianat melalui lisan Rasul-Nya begitu tegas.
Tamak
Perpatah arab menyebut sifat tamak adalah tidak kenyang dan sentiasa mahukan hak dan harta benda, sekalipun telah mendapat gaji yang besar dan lumayan. Termasuklah aktiviti perniagaan. Justeru, Umar Ibn Abdul Aziz menegah gabenor dan pegawai kerajaan daripada terlibat dengan aktiviti perniagaan.
Beliau menghantar surat kepada gabenornya dengan menegaskan bahawa pemimpin, gabenor atau pegawai kerajaan tidak boleh sama sekali melakukan sebarang aktiviti perniagaan. Ini kerana akiviti tersebut akan menyebabkan mereka sibuk dengan perniagaan dan akan berlakunya pilih kasih serta mendapat habuan daripada sumber yang kurang elok.
Beliau menganggap hal ini sebagai suatu tindakan yang paling besar dan jika dibiarkan akan boleh membawa kepada rosaknya pentadbiran dan pelbagai implikasi yang malang akan timbul. Hal ini diakui oleh Ibn Khaldun selepas lapan kurun melalui kenyataan yang benar dan hikmah yang tinggi nilainya, iaitu: “Sesungguhnya perniagaan daripada pemerintah boleh membawa mudharat terhadap rakyat dan menyukarkan berkenaan dengan hasil atau percukaian.” Tarikh Ibn Khaldun, 1/346)