"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Yang pertama ialah kita kena tahu,
Orang Islam tak boleh paksa orang lain masuk Islam.
Tak boleh!
Kalau diugut ke..(contoh)
'Kau kalau tak masuk Islam aku akan tuntut hutang aku!..
(Tak boleh macam tu...)
Tak boleh!
'Kalau kau tak masuk Islam aku tak mau bagi bantuan kepada kau..!!..
Tak boleh..!
Apatah lagi kalau..
'Kalau kau tak masuk Islam aku pukul kau!..
Lagi tak boleh!
Semua itu kalau ada orang Islam yang buat dia berdosa..
Tak boleh paksa!
Kena tahu yang itu dulu.
Yang ke Dua..
Yang kena tahu ialah..
Islam bukan agama orang Melayu..
Dia bukan agama orang India,
Bukan agama orang Cina,
Bukan agama orang Arab.
Islam adalah agama Tuhan untuk semua..
Tak ada beza orang Arab kah, orang Melayu kah, orang Cina kah, orang India pada sisi Islam.
Kalau masuk Islam bukan kena mesti masuk Melayu.
'Boleh tak saya masuk Islan saya tak mahu makan itu makanan Melayu?'
Boleh!
Melayu itu bukan agama,
Melayu ialah Melayu..
Agama (seperti) sembahyang..
Dia tak ada Melayu tak ada Arab (bangsa),
Tuhan bukan Tuhan Melayu, Tuhan bukan Arab, Tuhan bukan Cina, Tuhan bukan orang India...
Tuhan adalah Tuhan kita semua...
Dia ciptakan kita semua..
Jadi kita sembah Dia..
Dia tak pernah kata..'Oo..kalau kau orang Melayu..masuk syurga dulu..'
Tak da!
Siapa yang buat baik dia masuk syurga!
Siapa yang beriman dengan Dia..percaya dengan Dia..masuk syurga!
Tak kira Cina kah..Siam kah!..Arab kah!
Kalau orang Arab pun buat jahat masuk neraka..
Itu dulu yang kena tahu dalam Islam.
Islam tak boleh ada diskriminasi kaum..
Kalau kata..'Kita benci cina !!'
Dia bukan is a good Muslim..!
Kerana Cina bukan pilihan.
Bukan kita boleh order..
'Ai! Saya mahu lahir jadi Cina aa..!'
Mana boleh!
'Saya mahu lahir jadi Siam ah, saya mahu lahir jadi India!'
Kita lahir India, ada lahir Cina, ada lahir Melayu,
Itu bukan pilihan!a
Kita bukan pilih Ibu bapa kita..
Saya mahu kalau boleh pilih mesti kita mau pilih Ibu bapa yang semua kaya puny..
Betul tak?!
Tapi kita tak pilih...
Perkara yang kita tidak pilih Tuhan tidak akan hukum kita...
Kita menjadi bangsa Melayu, Cina, India ialah pilihan Tuhan..
Bukan pilihan kita..
Tapi agama..pilihan kita !
Bangsa...bukan pilihan kita!
Habis kenapa orang Islam suka sangat nak ajak orang bukan Islam menganut Islam?
Sebab orang Islam percaya..Islam adalah agama yang benar..agama Tuhan.
Bila masuk Islam akan memberikan kebahagiaan di dalam diri seseorang,
Memberikan ketenangan...
Tapi kena Islam betul lah...!
Bukan orang2 Islam yang tak mengamalkan Islam itu!
Kalau jadi Muslim yang bagus,,,
Yang baik,,,yang mengamalkan agama maka dia akan bahagia,
Dia akan tahu jalan Tuhan,
Dan orang Islam percaya melalui Islam ialah jalan ke syurga...
Maka orang Islam suka orang lain..
We love people..
We love to share this good thing with others!
Kita seronok nak kongsi benda ni dengan orang lain tapi tak boleh kata..
'Uncle! You sudah tua ah..you tak mau masuk Islam you jaga aa..'
Tak boleh!
Tapi saya kata ..
'Uncle..Islam ini Islam..kalau uncle mau terima pun boleh..
Kalau uncle tak mau terima pun saya tak da boleh paksa!'
Saya bukan berkata,
'Uncle! sudah datang masjid, dapat hadiah mesti mau masuk Islam!'
Tak..tak..!
Tak nak cakap!,,itu saya tak boleh cakap!
Salah kalau saya cakap!..
Salah!
So kenapa orang Islam nak...kerana orang Islam nak kongsi agama ni..
Bukan kongsi paksa..
Macam saya kata..
'Ini ada satu barang bagus...kalau mau tengok'
'Oo..saya tengok! eh..tak bagus saya tak nak'!'
Ah..tak pa..tapi saya mesti mau bagi tau dia,
Ini ada satu yang bagus,
Kalau dia terima pun free..
Tak ada kena bayar!
Untuk diri dia sendiri..
Sebab itu maka orang Islam dan orang Islam percaya kalau saya bagi satu orang nasihat,
Dan dia terima Islam..
Allah akan memberikan pahala kepada saya..
Allah bagi reward kepada saya..
Sebab saya telah ajak dia kepada perkara yang baik!
Ajak masuk Islam ni bukan ajak masuk Melayu!
'Boleh tak saya nak masuk Islam saya tak mau kawan dengan orang melayu,
saya nak duduk di rumah saya dengan masyarakat saya Cina atau pun India, boleh tak!?'
Boleh!
Tak ada kaitan dengan orang Melayu!
Islam adakah antara kita dengan Tuhan!
Cuma datang masjid sembahyang samalah..
'Ooo..u Cina aa, u sembahyang belakang aaa..
Kami Melayu sembahyang depan!'
Tak ada..tak ada...!
Siapa datang first dia pergi depan!
If u gain a good knowledge..
Kalau dapat membina knowledge yang baik!
Boleh tak orang Cina jadi imam...?
Nombor satu...boleh!
Ini bukan agama orang Melayu!
Sebab tu setiap kali nanti sembahyang...
Tuan-tuan dan puan-puan akan dengar orang Islam akan baca..
'Alhamdulillahirabbil 'alamiin....'
Dia akan baca..
Dia kata apa?
(Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...)
Bukan Tuhan orang Melayu..
Tapi Tuhan untuk semua..
Setiap kali sembahyang dia akan baca itu.
Supaya orang Muslim tau..
Tuan bukan untuk Melayu..
Tuhan bukan untuk Arab..
Tuhan untuk semua...
Itu agama Islam..