بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : blog
Hadis yang disebutkan di bawah ini adalah hadis yang sahih dan memiliki makna yang juga sahih. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad), dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan.
Hadis riwayat Imam Muslim (no. 158)
Jihad mengikut sudut bahasa berasal daripada perkataan (الجَهْدُ), membawa maksud kesusahan. Ia juga adalah asal perkataan (جَاهَدَ) yang membawa maksud: “Menggunakan usaha yang bersungguh-sungguh pada jalan untuk mencapai kepada suatu matlamat.”
Jihad secara umum boleh difahami dengan tiga maksud:
Jihad dengan ilmu dan lisan, seperti mengajar masyarakat, menyebarkan keselamatan berada di dalam Islam, menerangkan hakikat agama, syariat dan iman, dan melawan syubhat pemikiran.
Jihad dengan harta, seperti membelanjakan harta untuk jalan Allah, dan kerana itu ia termasuk dalam asnaf zakat.
Jihad dengan pertempuran dan peperangan demi mempertahankan serangan musuh-musuh Allah yang menyerang kaum Muslimin, bumi dan kampong mereka, ataupun demi menyebarkan dakwah Islam dan melawan para pemerintah kafir yang zalim dan melampaui batas yang menekan rakyatnya dan menghalang Islam. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/13)
Kesimpulannya,
Hadis sahih ini menyatakan kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berazam bagi melaksanakan jihad mengikut kemampuannya. Jihad pada asalnya adalah fardu kifayah dan apabila seseorang itu dipertanggungjawabkan oleh pemerintah untuk berjihad maka hendaklah dia melaksanakan fungsinya dengan bersungguh dan amanah. Hendaklah kefahaman jihad itu juga berdasarkan kefahaman yang sebenar berdasarkan fiqh jihad dan bukan yang menyeleweng sehingga mengorbankan nyawa umat Islam dan manusia yang tidak bersalah.
Justeru, bagi mereka yang lari daripada kewajipan jihad atau membencinya, atau tidak terdetik langsung dalam hatinya untuk berjuang menegakkan Islam, maka dia terjebak dengan kemunafikan seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang munafik pada zaman Nabi SAW.
Semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan orang yang ikhlas berjuang di atas jalan Allah dan menjauhkan kita daripada kemunafikan kerana meninggalkan kewajipan jihad.
Wallahua’lam.