"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sebagai ibu bapa, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai anggota masyarakat..
Kita perlu ada kesedaran tentang penyakit mental.
Pertama,
Penyakit mental apabila kita mengenangkan kesedihan masa lalu,
Mungkin kita didera,
Mungkin kita pernah dihina,
Dimalukan masa kecik kecik,
Kesedihan-kesedihan masa lalu tu kita kenang semula,
Terkenang semula lebih-lebih lagi dia akan datang pada usia kita makin tua...
Itu yang dikatakan depression..
Apabila kita sedih tentang apa yang sudah terjadi,
Itu depression!
Yang Kedua..
Yang dikatakan anxiety,
Anxiety ni kecemasan, kebimbangan terhadap masa akan datang...
Tadi past tense,
Ini future tense...
Apa ya agak-agak akan terjadi?
Aku dah sakit macam ni, entah macam mana..ditinggalkan ke?
Aku keseorangan dia begini..
Isteri aku sakit..macam mana..?
Dia akan pergi ke?...kanser ke apa?
Kita dah fikir overthinking tentang masalah tu..
Jadi,
Pertama..kita mesti sedar bahawa ini adalah penyakit!
Bukan kerana lemah iman,
Bukan kerana tak solat,
Bukan kerana tak zikir..!
Orang yang mengalami penyakit mental ini dia ada faktor biologi.
Jadi kalau faktor biologi ni dia tak kira tok imam, tok bilal...
Siapa haji..haji..
Macam mana pun ada kena yang macam ni.
Tak dikatakan lemah iman..
Anxiety dan depression ni biasa saja tapi kalau dia lebih daripada (kata sesetengah) dua bulan, ataupun dua minggu je...
Monyot je tak bercakap ape semua,
Cepat-cepat kita pergi jumpa psikiatri...
Tapi ini satu stigma di tengah masyarakat,
Kalau orang tu pergi ke psikiatri atau duduk di bahagian penyakit tu..
'Ha! Tu gila lah tu'...
Padahal tidak ada apa-apa!
Tidak ada hina..!
Maksudnya..kita kena tolong!
Kita kena bantu...