"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Kesan maksiat secara ringkas...
Wajah tu walaupun cantik tetapi tak sedap mata memandang,
Maksiat boleh menyebabkan rezeki tak berkat,
Maksiat boleh menyebabkan lemahnya tubuh badan, mata, telinga untuk melakukan ibadah.
Makisat menyebabkan waktu tidak berkat,
Rasa tak cukup masa je.
Atau pun masa banyak terbuang,
Orang lain boleh habis satu juzuk sehari..
Dia baca satu muka surat sahaja,
Itu petunjuk masa tidak berkat,
Maksiat boleh menyebabkan potensi seseorang itu akan tumpul,
Patutnya dia boleh buat kerja sepuluh kerja,
Tapi sebab maksiat...
Dua kerja je settle!
Banyak kerja tertangguh...
Target tak boleh nak dicapai,
Matlamat dah tah ke mana-mana,
Berniaga asik tak jadi je!
(Contoh..)
Maksiat boleh menghalang rezeki,
Boleh menutup banyak pintu kebaikan..
Banyak lagi kalau kita nak detail kan apa kesan maksiat..!
Tapi lawannya apa?
Zikrullah...(berzikir kepada Allah)