"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Hati ini adalah ibarat bekas,
Jika ianya diisi oleh sesuatu yang lain selain Allah dan Rasul-Nya Saw..
Maka dia isi dengan dunia dan juga harta benda,
Maka hati ini tidak akan merasa ketenangan,
Tidak ada merasa kedamaian,
Kerana apa?
Kerana dia meletakkan sesuatu bukan tempatnya,
Bukan ia diciptakan untuk terisi dengan hal-hal tersebut..
Lalu dia pun mengisikan ke dalamnya,
Maka dia merasakan akibatnya iaitu hati yang sentiasa gundah gulana.
Hati yang sentiasa tertekan,
Segala dunia yang kita usahakan itu sekadar supaya ia berada di tangan sahaja.
Tapi bukan untuk terbocor masuk ke dalam hati manusia,
Dunia yang Allah SWT jadikan ini,
untuk diselenggarakan, dioperasikan, disususn, ditandbir dengan tangan manusia,
Bukan dengan hati.
Kerana itu kita perlu keluarkan perkara itu dari pemikiran kita,
Bahawa kita tidak boleh hanya memandang Islam ini hanya kepada sesuatu yang berbentuk ritual,
Ataupun hanya terhad kepada sesuatu yang berbentuk 'sere mode',
Ia hanya di masjid, hanya di majlis-majlis, hanya ketika maulid disambut, hanya kepada solat jenazah, hanya kepada ketika baca yaasin, hanya kepada baca tahlil, hanya apabila ada khatan, hanya ada apabila ada upacara dan sebagainya,
Maka Islam itu bukan sekadar ibadah-ibadah yang zahir semata-mata,
Tetapi ianya adalah seluruh pemikiran kita, kehidupan kita, persepsi kita,
Cara pandang kita, fokus hati kita, pegangan hidup kita,
Dan ianya 27 setiap detik dan setiap saat hati itu hendaklah terisi dengan ketergantungan kepada Allah,
Tidak ada yang lain,
Dunia tidak bertakhta dalam hati kita,
Dunia, harta, wanita, takhta, ia tidak berada di dalam hati manusia.
Bagaimana kalau seseorang yang bawa kereta tiba-tiba minyak dia habis,
Dia beli apple juice,
Dia tengok warna apple juice ni lebih kurang macam petrol jugak,
Dia pun isi dalam tank.
Apa yang terjadi kepada kereta?
Akan rosak bukan?
Kerana apa?
Kerana dia meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya,
Maka hati ini Allah cipta bukan diisi dengan keduniaan, bukan diisi dengan harta benda, bukan diisi dengan ketergantungan dengan makhluk, bukan diisi dengan manusia,
Tetapi Allah ciptakan hati ini untuk diisi dengan Allah SWT dan satu manusia iaitu Rasulullah Saw.